• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syed Saddiq Undur Sebagai Presiden Muda

oleh Mohd Arshad
09/11/2023
dalam Utama & Sensasi
0
Syed Saddiq Undur Sebagai Presiden Muda
Share on FacebookShare on Twitter

Petaling Jaya: Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini mengumumkan mengosongkan jawatannya sebagai Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) berkuat kuasa serta-merta.

Syed Saddiq berkata, perkara itu diputuskan menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (JKEP) Muda pada 4 petang tadi.

“Kita semua maklum keputusan di Mahkamah Tinggi hari ini, Muda diasaskan ingin membawa politik baharu, politik yang mengangkat maruah dan berintegriti.

“Saya tidak tergolong dalam kumpulan berkenaan, selepas dibincangkan bersama, kami membuat keputusan, saya akan mengosongkan jawatan saya sebagai Presiden Muda dengan serta-merta sementara saya membersihkan nama di mahkamah,” katanya pada sidang media di Pejabat Muda di sini, hari ini.

“Sebaik saja mesyuarat itu berakhir, saya tidak akan membabitkan diri dan tidak akan dilibatkan lagi dengan mana-mana keputusan parti Muda dan berkait rapat dengan masa depan parti Muda.

“Namun saya tetap akan mendukung parti ini sebagai ahli dan akan terus bekerjasama dengan ahli-ahli yang lain untuk merealisasikan impian bagi membina Malaysia yang maju, bermaruah dan berintegriti,” katanya.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi hari ini menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun, denda RM10 juta dan dua kali sebatan terhadap Syed Saddiq selepas didapati bersalah terhadap empat tuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azhar Abdul Hamid memerintahkan Syed Saddiq dijatuhi hukuman penjara empat tahun sekiranya gagal membayar denda.

Bagaimanapun, hakim turut membenarkan permohonan Syed Saddiq untuk menangguhkan hukuman penjara sementara rayuan dikemukakan dan mengarahkan syarat jaminan dikekalkan.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu kelihatan tenang, sejurus mendengar hukuman dijatuhkan terhadapnya oleh Azhar.

Tags: Syed Saddiq
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Peguam Negara Arah Terus Rayuan Kes Syed Saddiq, Terima Apa Jua Keputusan Akhir Mahkamah Persekutuan

Peguam Negara Arah Terus Rayuan Kes Syed Saddiq, Terima Apa Jua Keputusan Akhir Mahkamah Persekutuan

17/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Peguam Negara mengarahkan rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman daripada sabitan...

‘Kebenaran Akan Menang’ – Syed Sadiq Luah Reaksi Yakin Selepas Mahkamah Persekutuan Arah Pendakwaan Nilai Semula Rayuan

‘Kebenaran Akan Menang’ – Syed Sadiq Luah Reaksi Yakin Selepas Mahkamah Persekutuan Arah Pendakwaan Nilai Semula Rayuan

12/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yakin 'kebenaran akan menang' meskipun keputusan prosiding rayuan pendakwaan untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd