• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Akan Panggil 4 Ahli Parlimen PN Yang Sokong PM

oleh Mohd Arshad
16/11/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
SPRM Akan Panggil 4 Ahli Parlimen PN Yang Sokong PM
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil empat Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) yang mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam masa terdekat.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata ia bagi menyiasat dakwaan wujudnya unsur rasuah untuk beralih sokongan.

“Buat masa ini kita tunggu laporan (daripada polis)…siasatan terbuka akan dijalankan dalam tempoh terdekat,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama Persidangan Antirasuah Sedunia (WACC) 2023 di sini hari ini.

Beliau berkata laporan polis terhadap keempat-empat Ahli Parlimen berkenaan dibuat pada Isnin lalu dan polis merujuk kepada SPRM untuk siasatan lanjut kerana laporan itu lebih tertumpu kepada elemen rasuah.

Pada Selasa lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata polis dan SPRM bersedia menjalankan siasatan secara profesional terhadap laporan kononnya terdapat unsur umpan, habuan dan ugutan berkaitan sokongan beberapa Ahli Parlimen PN terhadap Perdana Menteri.

Sebelum ini, empat Ahli Parlimen PN daripada BERSATU iaitu Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang) dan Zahari Kechik (Jeli) menyatakan pendirian menyokong Anwar menyebabkan timbul dakwaan sokongan itu ada unsur rasuah.

Sementara itu, Azam berkata SPRM akan mendedahkan laporan interim berhubung siasatan terhadap Aman Palestin Bhd yang didakwa wujud ketidakaturan dalam aktiviti pengumpulan derma oleh badan bukan kerajaan (NGO) itu untuk rakyat Palestin.

“Beri tempoh masa pada SPRM siasat dan minggu depan laporan interim akan dikeluarkan kerana ia penting untuk orang ramai tahu,” katanya dan menambah setakat ini tujuh saksi dipanggil memberi keterangan dan pegawai forensik SPRM juga sedang meneliti dokumen-dokumen yang diperoleh daripada Aman Palestin dari 2020 hingga 2022.

Mengenai laporan polis yang dibuat ekoran tohmahan terhadap SPRM yang mendakwa agensi itu dikawal oleh kerajaan, Azam berkata ia adalah tohmahan liar dan tidak berasas.

“Kes Syed Saddiq (Ahli Parlimen Muar) masih dalam peringkat rayuan dan mana-mana pihak tidak boleh pertikai. Ada ketika SPRM kalah pendakwaan di mahkamah tetapi tak ada pula pihak katakan sesiapa mempengaruhi mahkamah,” katanya.

Semalam SPRM membuat laporan polis berhubung hantaran dalam aplikasi TikTok yang didakwa mengandungi tuduhan palsu semasa pelancaran jentera Pilihan Raya Kecik (PRK) Parlimen Kemaman pada 10 November lalu.

Hantaran dimuat naik seorang pemilik akaun media sosial itu memaparkan seorang pemimpin parti politik mengeluarkan beberapa tuduhan palsu dalam ceramah beliau antaranya jentera- jentera kerajaan, SPRM dan hakim-hakim dikawal oleh kerajaan selain mempertikai keputusan Hakim Mahkamah Tinggi berhubung sabitan pertuduhan ke atas Syed Saddiq.

-Berita Harian

Tags: Ahli Parlimen PNpmSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

James Chai Pulang Beri Keterangan Kepada SPRM, Rafizi Dakwa Giliran Beliau Ditahan Dan Didakwa

James Chai Pulang Beri Keterangan Kepada SPRM, Rafizi Dakwa Giliran Beliau Ditahan Dan Didakwa

28/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pembantu kepada Datuk Seri Rafizi Ramli, Chai Jin Shern (James Chai) akhirnya hadir di ibu pejabat...

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

26/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelantikan Ketua Pesuruhjaya baharu tidak dengan sendirinya melahirkan sebuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu. Menurutnya,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd