Monday, November 11, 2024

Creating liberating content

Jerebu: Riau Diisytihar Kawasan...

JAKARTA - Indonesia hari ini mengisytiharkan Riau sebagai kawasan darurat setelah keadaan jerebu...

Dana Banjir: DAP Terima...

TRAGEDI banjir besar yang melanda Pulau Pinang baru-baru ini telah menampakkan betapa kerajaan...

Malaysia Antara China Dan...

MALAYSIA menduduki satu lokasi strategik di Asia Tenggara, berada di hujung sebelah timur...

Jackie Chan Tiba Di...

MUMBAI - Pelakon aksi popular antarabangsa Jackie Chan tiba di Mumbai pada Isnin...

SPRM Akan Dedah Justifikasi Beku Aset Aman Palestin Kepada Mahkamah

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersedia mendedahkan kepada mahkamah justifikasi pembekuan 41 aset Aman Palestin Berhad (Aman Palestin).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki menegaskan pihaknya menjalankan siasatan secara profesional dan adil tanpa sebarang niat jahat terhadap mana-mana pihak.

Katanya, terpulang kepada mana-mana pihak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya mereka berasa ada keperluan untuk berbuat demikian.

“Tindakan pembekuan aset bagi membantu siasatan adalah berdasarkan Seksyen 44(1) AMLATFPUAA 2001 yang memberi kuasa kepada sesuatu agensi penguat kuasa untuk mengeluarkan perintah membekukan harta mana-mana orang.

“Ia adalah tindakan yang biasa dijalankan dalam mana-mana siasatan sekiranya ada keperluan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Aman Palestin yang memberi tempoh tiga hari kepada SPRM untuk menyahbekukan akaunnya yang dibekukan sejak minggu lalu.


Peguam mewakili Aman Palestin, Muhammad Rafique Rashid Ali, berkata sekiranya agensi penguat kuasa itu gagal berbuat demikian, tindakan undang-undang akan diambil.

Azam berkata, SPRM dipertanggungjawab dan diamanahkan untuk menyiasat dengan adil dan tegas sebarang isu penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa, terutamanya kes berkepentingan awam yang membabitkan ketirisan dana.

Terdahulu, SPRM mengesahkan membeku sebanyak 41 akaun bank syarikat pertubuhan Aman Palestin bernilai RM15,868,762.

Pembekuan itu dilakukan selepas SPRM menjalankan siasatan terhadap dakwaan Aman Palestin menyalahgunakan wang sumbangan orang ramai.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori