• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PIBG MCKK, Ahli Keluarga Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang

oleh AK-47
09/11/2023
dalam Utama & Sensasi
0
PIBG MCKK, Ahli Keluarga Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur: Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dan beberapa ahli keluarga pelajar bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap tiga pemilik akaun media sosial.

Tindakan selepas mereka didakwa memuat naik kenyataan berunsur fitnah dan fakta tidak tepat mengenai isu melanda institusi itu.

Peguam mewakili PIBG dan ahli keluarga, Hasshahari Johari Mawi berkata, insiden yang ditularkan minggu lalu menjadi tidak terkawal, menyebabkan pihak PIBG tampil membuat laporan polis, hari ini.

Katanya, tujuan laporan polis itu dibuat susulan reaksi, ugutan dan ancaman yang diterima pelajar, ibu bapa dan guru MCKK, yang mana dengan laporan polis berkenaan diharapkan orang ramai berhenti mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah.

“Selanjutnya, saya diarahkan anak guam untuk meneruskan tindakan undang-undang ke atas individu pengguna media sosial yang sudah dikenal pasti kerana memuat naik hantaran berunsur fitnah dan tidak benar.

“Kita juga menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas wakil PIBG membuat laporan polis di Balai Polis Travers, di sini.

Sementara wakil PIBG yang ditemui enggan mengulas lanjut mengenai kejadian itu kerana masih dalam siasatan.

Sebelum ini, media melaporkan, pelajar MCKK yang disyaki terbabit dalam kes buli, mendakwa diganggu di sekitar pekan Kuala Kangsar selepas kes itu tular di media sosial.

Harian Metro turut melaporkan ibu mangsa buli itu yang berharap hukuman setimpal dikenakan (terhadap pembuli) kerana anaknya yang masih mahu bersekolah di MCKK dan akan bertemu dengan pelajar senior terbabit.

Ibu mangsa juga mahu keadilan ditegakkan buat anaknya berusia 16 tahun, yang didakwa menjadi mangsa buli pada 24 September lalu.

Wanita terbabit yang enggan dikenali berkata, pihaknya tiada niat menularkan kejadian kerana dalam hantaran di platform media sosial itu tiada disertakan nama sekolah dan hanya menceritakan apa yang berlaku.

Sumber: hMetro

Tags: MCKK
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anwar Kesal Kes Keracunan Makanan Di MCKK

22/08/2016
0

KUALA LUMPUR - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kesal dengan insiden seramai 56 pelajar Kolej...

Kes Keracunan MCKK: Keputusan Ujian Minggu Depan

20/08/2016
0

IPOH - Keputusan ujian makmal ke atas sampel yang diambil daripada pengendali makanan Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dijangka diketahui...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd