Thursday, November 30, 2023

Creating liberating content

Lelaki Ditahan Sebar Foto...

JIJIK... Padah berkongsi gambar kemaluan di Facebook, seorang lelaki berusia 20-an ditahan pihak...

Ketahui Simptom Kanser Untuk...

MELAKA - Lebih banyak mesej dan maklumat mengenai simptom kanser perlu disampaikan kepada...

China Rangkul Piala Thomas...

BANGKOK – China merangkul kejuaraan Piala Thomas buat kali ke-10 selepas berjaya menjinakkan...

Nelayan Tertangkap Ikan Jerung...

SEKUMPULAN nelayan di Lakes Entrance di Victoria, Australia terkejut apabila salah seekor ikan aneh...

Pemimpin Hamas ‘Hampir Capai’ Perjanjian Gencatan Senjata

DOHA : Gaza : Ketua Hamas memberitahu kumpulan pejuang Palestin hampir mencapai perjanjian gencatan senjata dengan Israel, walaupun serangan maut ke atas Gaza berterusan dan roket ditembak ke Israel.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pegawai Hamas “hampir untuk mencapai perjanjian gencatan senjata” dengan Israel dan kumpulan itu menyampaikan responsnya itu kepada pengantaranya di Qatar yang juga pengerusi biro politik kumpulan pejuang itu, Ismail Haniyeh.

Kenyataan mengenainya kemudian dihantar kepada Reuters oleh pembantu kepada Haniyeh.

Tiada butiran lanjut tentang syarat perjanjian yang berpotensi itu.

Presiden Amerika Syarikat Joe Biden semalam berkata, beliau percaya perjanjian itu sudah hampir.

“Kami sekarang lebih dekat (dengan perjanjian gencatan senjata) berbanding sebelum ini,” kata jurucakap Rumah Putih, John Kirby mengenai perjanjian yang bertujuan memastikan pembebasan beberapa tebusan yang ditahan di Gaza dan jeda dalam pertempuran yang akan membolehkan bantuan yang sangat diperlukan masuk ke kawasan yang dikepung.


Hamas dikatakan mengambil kira-kira 240 tebusan semasa serangan di selatan Israel pada 7 Oktober lalu, yang mengorbankan 1,200 orang.

Presiden Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC), Mirjana Spoljaric bertemu Haniyeh di Qatar semalam untuk “memajukan isu kemanusiaan” berkaitan konflik itu, kata ICRC yang berpangkalan di Geneva dalam satu kenyataan.

Dia juga secara berasingan bertemu dengan pihak berkuasa Qatar.

ICRC berkata, ia bukan sebahagian daripada rundingan yang bertujuan untuk membebaskan tebusan, tetapi sebagai perantara neutral, ia bersedia “untuk memudahkan sebarang pembebasan masa depan yang dipersetujui oleh pihak-pihak.”

Reuters melaporkan minggu lalu bahawa pengantara Qatar sedang mencari perjanjian untuk Hamas dan Israel untuk menukar 50 tebusan sebagai balasan kepada gencatan senjata selama tiga hari yang akan meningkatkan penghantaran bantuan kecemasan kepada orang awam Gaza, memetik taklimat rasmi mengenai rundingan itu.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori