• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Tular Buang Air Pada Tiang Tempat Letak Kenderaan Didenda RM100

oleh Mohd Arshad
22/11/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Lelaki Tular Buang Air Pada Tiang Tempat Letak Kenderaan Didenda RM100
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM: Seorang lelaki warganegara Australia didenda RM100 selepas mengaku bersalah membuang air kecil pada tiang di tempat letak kenderaan sebuah pusat membeli belah di Subang Jaya pada 16 November lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Tertuduh, Chih Peter, 32 membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Sasha Diana Sabtu di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah berkelakuan kurang sopan dengan cara membuang air kecil di tempat awam dengan tujuan membangkitkan kemarahan untuk mengganggu keamanan di tempat meletak kenderaan sebuah pusat membeli belah pada 10.51 malam.

Justeru, tertuduh yang tiba dari Australia pada 13 November lalu untuk menziarahi saudaranya itu dituduh mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955, sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM100.

Terdahulu, peguam tertuduh, R Morhaneraj memaklumkan bahawa tertuduh terdesak untuk membuang air kecil di kawasan tempat meletak kenderaan kerana tidak dapat menahan untuk pergi ke tandas ketika kejadian.

“Bagaimanapun, anak guam saya tidak menyedari kejadian tersebut dirakam. Bagaimanapun, tertuduh sudah mendapat pengajaran kejadian ini dan tidak akan mengulangi perkara itu di masa akan datang,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Annur Athirah Amran kemudiannya memohon mahkamah mengenakan hukuman maksimum dan tertuduh juga perlu menjaga adab ketika berada di negara orang.

Majistret kemudian menetapkan denda RM100 terhadap tertuduh dan penjara selama sehari jika gagal membayarnya. Tertuduh membayar denda tersebut.

Terdahulu, tindakan lelaki itu membuang air kecil di tempat awam tular dalam media sosial sehingga mengundang kecaman pelbagai pihak, malah tindakan perakam yang dilihat menegur perbuatan tidak senonoh itu juga tidak diendahkan.

Media semalam melaporkan, seorang lelaki yang dipercayai berkelakuan tidak senonoh dengan membuang air kecil pada tiang kawasan parkir di sebuah pusat beli-belah, di Selangor ditahan pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Polis Wan Azlan Wan Mamat, berkata suspek yang juga warga Australia itu ditahan anggota polis kira-kira jam 11.15 pagi.

Terdahulu, insiden berkenaan turut tular di laman X.

BHonline-

Tags: buang airtempat letak kenderaanwarganegara Australia
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Atlet Negara Nikmati Caruman KWSP, PERKESO Mulai Januari Depan

Next Post

‘Kill Switch’ Diaktifkan Jika Konsert Coldplay Langgar Garis Panduan

Related Posts

Lelaki Myanmar Ditahan Rakam Gambar Wanita Buang Air

26/07/2019
0

JOHOR BAHRU - Seorang warga Myanmar menerima padah selepas ditahan polis kerana mengintai dan merakam gambar seorang kerani wanita sedang...

Next Post
‘Kill Switch’ Diaktifkan Jika Konsert Coldplay Langgar Garis Panduan

'Kill Switch' Diaktifkan Jika Konsert Coldplay Langgar Garis Panduan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd