Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

KKM Bakal Perluas Pembayaran...

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) akan memperluaskan penggunaan pembayaran dalam talian, e-pembayaran,...

Video Lelaki Lempang Pekerja...

SATU rakaman memperlihatkan seorang pelanggan lelaki menampar pekerja asing di sebuah pusat mencuci...

Nak Tarik Sokongan Di...

Seorang pemimpin veteran Umno kelihatan mencabar Bersatu bertindak menarik sokongan mereka kepada Menteri...

Hakim Wanita ISIS Minta...

SEORANG wanita yang mendakwa dirinya pernah bekerja di mahkamah untuk dua hakim wanita bagi...

India Mahu Tingkat Import Minyak Sawit Mentah Malaysia – Fadillah

SAMARAHAN : Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) sedang memperincikan kaedah untuk memenuhi permintaan India yang mahu meningkatkan import minyak sawit mentah (CPO).

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata India kini adalah pengimport terbesar CPO Malaysia membabitkan sejumlah empat juta tan metrik setahun.

Bagaimanapun, beliau yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata, jumlah itu tidak mencukupi dan India meminta ia ditingkatkan kepada enam juta tan metrik.

“Namun, kita tidak dapat menjual semua CPO kita kepada satu-satu negara saja. Ini kerana kita juga memerlukan CPO untuk diproses bagi memenuhi permintaan eksport produk sawit.

“Oleh itu, kita sedang memperincikan permintaan mereka (India) yang mahu lebih banyak CPO dari negara kita,” katanya kepada pemberita pada Program Trek Komoditi Zon Sarawak bersama pengusaha tanaman koko di Kampung Serpan Laut, Asajaya, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Fadillah berkata, Malaysia tidak dapat memenuhi semua permintaan negara yang mahukan CPO.

Beliau menjelaskan, ini kerana Malaysia juga memerlukannya dalam kuantiti besar untuk diproses sebagai produk hiliran berikutan peningkatan permintaan, terutama daripada sektor oleokimia dan makanan haiwan yang berkembang pesat di China.


“Justeru, kita kini memberi keutamaan kepada China kerana mereka meningkatkan import minyak sawit yang sudah diproses kepada 3.4 juta tan metrik, tahun depan.

“China bersetuju menerima pakai Skim Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO), dan kita juga bekerjasama dengan Kementerian Pertanian China untuk mengembangkan lagi produk hiliran minyak sawit dengan salah satu komponennya ialah kapsul vitamin E dan minyak sawit merah,” katanya.

Beliau memaklumkan, antara produk sedang dibangunkan di China menerusi institut penyelidikan yang ditubuhkan bawah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) ialah makanan untuk ketam jenis ‘hairy crab’.

“Ketam itu kini menjadi premium selepas diberi makan minyak sawit merah kerana apabila dimasak, warna ketam itu serta telurnya akan menjadi lebih merah. Bagi masyarakat China, merah adalah petanda yang amat baik. Justeru, minyak sawit merah kini amat popular di negara itu.

“Penyelidikan juga sedang dijalankan untuk menjadikan minyak sawit merah itu makanan udang dan menghasilkan daging vegan lebih bermutu berbanding yang dihasil menggunakan sumber soya,” katanya.

Hari ini, Program Trek Komoditi Zon Sarawak turut diadakan di stesen timbang kelapa sawit di Kampung Seruyuk, Sebuyau, selain Program Pengumpulan Minyak Masak Terpakai di Dewan Masyarakat Kampung Tunku, Petra Jaya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori