• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hatta Gagal Kembalikan Saman Berhubung Tuntutan Batu Puteh

oleh Mohd Arshad
15/11/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Hatta Gagal Kembalikan Saman Berhubung Tuntutan Batu Puteh
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Mohd Hatta Sanuri gagal dalam usaha mengembalikan semula samannya berhubung penarikan balik permohonan semakan terhadap keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung tuntutan Batu Puteh.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai oleh Datuk Hadhariah Syed Ismail sebulat suara menolak rayuan Mohd Hatta selepas mendapati perayu tidak mempunyai locus standi (hak di sisi undang-undang) untuk membawa tindakan undang-undang terhadap Perdana Menteri dan kerajaan sebagai responden.

“Tuntutan itu jelas menyalahgunakan proses mahkamah dan responden telah memenuhi ambang Perintah 18 Peraturan 19 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (membatalkan permohonan), bahawa perkara berhubung tuntutan Mohd Hatta adalah tidak wajar.

“Oleh itu kami menolak rayuan perayu dengan kos RM10,000,” kata Hakim Hadhariah yang bersidang bersama Hakim Datuk See Mee Chun serta Hakim Mohamed Zaini Mazlan.

Mahkamah turut menolak rayuan Mohd Hatta terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 30 Januari tahun lalu yang membenarkan permohonan Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia untuk mendapatkan perintah perlindungan bagi dokumen berkaitan.

“Kami dapati tiada merit dalam rayuan itu. Kami bersetuju dengan responden bahawa dokumen itu bersifat sensitif yang melibatkan hubungan diplomatik dan dua hala antara kerajaan Malaysia dan Singapura. Kami menolak rayuan dengan kos RM5,000, ” katanya ketika menyampaikan keputusan melalui prosiding dalam talian.

Pada 1 Julai tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membatalkan saman Mohd Hatta selepas membenarkan permohonan Perdana Menteri dan kerajaan.

Hakim Mahkamah Tinggi, Hayatul Akmal Abdul Aziz semasa membenarkan permohonan itu, berkata perkara berkenaan tidak boleh diadili dan Mohd Hatta juga tidak mempunyai locus standi untuk membawa tindakan undang-undang terhadap defendan (Perdana Menteri dan kerajaan).

Pada 2018, Kerajaan Pakatan Harapan (PH) di bawah pimpinan Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad menarik balik permohonan semakan terhadap keputusan ICJ pada 23 Mei 2003 yang memberikan bidang kuasa perundangan ke atas Batu Puteh (dikenali Pedra Branca oleh Singapura) kepada Singapura walaupun sebelum perbicaraan kes itu, yang dijadualkan didengar pada 11 Jun 2018.

Pada 28 Mei 2021, Mohd Hatta memfailkan saman itu mewakili dirinya dan lebih 32 juta rakyat Malaysia yang didakwanya terkesan dengan penarikan balik semakan semula keputusan ICJ oleh kedua-dua defendan tanpa membincangkan dan membentangkannya terlebih dahulu di Parlimen.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Mohd Hatta memohon perintah supaya defendan memberi penjelasan bertulis mengapa mereka menarik diri daripada semakan semula keputusan ICJ pada 1 Jun 2018, sedangkan permohonan semakan semula dengan bukti yang kukuh telah dimulakan dan difailkan sejak 3 Februari 2017.

Beliau turut memohon deklarasi bagi kedua-dua defendan membayar ganti rugi kepada setiap rakyat Malaysia berdasarkan nilai tanah Batu Puteh dan berdasarkan kerugian ekonomi yang dialami seluruh rakyat Malaysia termasuk plaintif secara sama rata, berjumlah sekurang-kurangnya RM10 juta tiap seorang.

Turut dimohon, perintah supaya kedua-dua defendan mendedahkan secara terperinci jumlah semua kos yang telah dibelanjakan oleh defendan kedua (kerajaan) untuk persediaan permohonan semakan semula keputusan ICJ pada 3 Februari 2017 sehingga tarikh mereka menarik diri secara tiba-tiba pada 1 Jun 2018.

Terdahulu, peguam, Mohaji Selamat yang mewakili Hatta, berhujah bahawa perayu mempunyai locus standi untuk memfailkan tindakan undang-undang berkenaan isu Batu Puteh kerana ia membabitkan kedaulatan negara.

Menurutnya tindakan penarikan semula semakan itu mengakibatkan kerugian, bukan sahaja kepada perayu, tetapi kepada 32 juta rakyat Malaysia.

“Kos banyak dikeluarkan untuk memulakan semakan ini di ICJ, namun tindakan menarik balik semakan secara tiba-tiba, iaitu dua minggu sebelum pendengaran menyebabkan kerugian kepada rakyat negara ini,” katanya.

Beliau berhujah, tindakan undang-undang difailkan anak guamnya bukan berasaskan spekulasi berikutan Jabatan Peguam Negara dalam kenyataan sebelumnya, menyatakan bahawa kerajaan berpendapat penarikan balik semakan itu adalah tidak teratur dan tidak wajar.

“Oleh yang demikian, kes ini sepatutnya didengar melalui perbicaraan penuh dan bukannya dibatalkan oleh mahkamah. Saya mohon rayuan perayu dibenarkan,” kata peguam itu.

Sementara itu Peguam Kanan Persekutuan (SFC), Liew Horng Bin yang mewakili responden, berhujah bahawa pemohon tidak mempunyai locus standi untuk memulakan tindakan undang-undang.

“Apakah hak perayu sebagai warganegara untuk memulakan kes ini? Jika dia gagal mengenal pasti haknya, kami berhujah bahawa perayu tidak mempunyai locus standi,” katanya sambil menambah bahawa tuntutan perayu adalah penyalahgunaan proses mahkamah.

Horng Bin yang dibantu oleh SFC Shamsul Bolhassan, seterusnya berhujah bahawa keputusan responden untuk menarik balik semakan ICJ dibuat selepas menimbangkan nasihat undang-undang yang diberikan oleh pakar undang-undang asing yang dilantik oleh kerajaan.

BHonline-

Tags: Mohd Hatta Sanurisamantuntutan Batu Puteh
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kekasih Tolak Perkahwinan, Wanita Larikan Barang

Next Post

Belanda: Ratusan Sertai Protes Bantah Kerajaan Bekal Senjata Kepada Israel

Related Posts

Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Petronas Tangguh Saman Petros

Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Petronas Tangguh Saman Petros

28/04/2025
0

KUCHING: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, menolak permohonan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) untuk menangguhkan prosiding saman pemula Petroleum Sarawak...

1MDB Saman Amicorp Group, Tuntut Lebih AS$1 Bilion

1MDB Saman Amicorp Group, Tuntut Lebih AS$1 Bilion

23/12/2024
0

SINGAPURA: 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menyaman syarikat penyedia perkhidmatan korporat, Amicorp Group dan Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO), Toine Knipping membabitkan...

Next Post
Belanda: Ratusan Sertai Protes Bantah Kerajaan Bekal Senjata Kepada Israel

Belanda: Ratusan Sertai Protes Bantah Kerajaan Bekal Senjata Kepada Israel

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd