Tuesday, June 18, 2024

Creating liberating content

Jangan Kait Isu Sensitif...

KUANTAN - Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini, mengingatkan...

Tidak Serik Ditahan Guna...

MIRI - Bot-bot kargo milik syarikat One United Seafood Trading Sdn Bhd (One...

Kontrak F1 Musim Depan...

SEPANG - Penyambungan kontrak penganjuran perlumbaan Formula One di Litar Sepang dijangka akan...

Jangan Biar DAP ‘Rogol’...

GAGASAN Tiga (G3) berpendapat, pelantikan wakil rakyat DAP sebagai ahli lembaga pemegang Amanah...

‘Graduan UniSZA Terima Berita Kematian Bapa Ketika Menanti Giliran Terima Skrol’

KUALA NERUS: Luluh hati seorang graduan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) apabila kegembiraan menunggu giliran menerima skrol Sarjana Muda Hubungan Antarabangsa (dengan Kepujian), bertukar duka apabila menerima berita kematian ayahnya. pagi tadi.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Berita sedih itu diterima Haslina Kalang, 23, yang berasal dari Tawau, Sabah kira-kira 15 minit sebelum naik ke pentas.

Suasana pilu jelas dirasai dalam dewan itu, apabila Haslina dipeluk Pengarah Pusat Komunikasi Korporat dan Pengurusan Perhubungan, Prof Madya Dr Syarilla Iryani Ahmad Saany, di hadapan Pro Canselor UniSZA, Tan Sri Mohd Yusof Noor dan Pengurusan Tertinggi UniSZA di atas pentas yang turut berkongsi kesedihan graduan itu.

Haslina berkata, dia ada menghubungi ibunya, Kurniati Iskandar, 48, untuk menanyakan keadaan bapanya, Kalang Tona, 56, pagi tadi, tetapi tidak dapat bercakap kerana sedang mandi.

“Sebelum masuk dewan, saya ada hubungi ibu kerana mahu bercakap dengan ayah, tetapi ibu memberitahu ayah sedang mandi.

“Bagaimanapun, ketika berada dalam dewan dan kira-kira 15 minit gilirannya naik ke pentas, saya menerima panggilan daripada jiran memaklumkan bapa sudah meninggal dunia,” katanya yang ditemui pada Majlis Idul Ilmi Konvokesyen UniSZA Ke-15 (Sidang Ketiga) di Dewan Al-Muktafi Billah Shah UniSZA, di sini hari ini.

Haslina yang juga anak kedua daripada lima beradik berkata, dia datang ke UniSZA semalam sambil ditemani kakak sulung, Kasnia, 24, untuk mengambil skrol.


Katanya, dia memang keberatan untuk datang ke Terengganu, namun bapanya memintanya menghadiri konvokesyen terbabit.

“Bapa diserang angin ahmar tahun lalu, namun sejak kebelakangan ini keadaannya sedikit merosot kerana sering terjaga tengah malam dan sukar tidur.

“Selepas habis belajar di Unisza tahun lalu, saya dan ibu menjaganya. Malah, apa yang menyedihkan saya tidak sempat berkongsi hari gembira dengan bapa,” katanya.

Haslina berkata, sepatutnya dia akan pulang semula ke Tawau, esok, namun mengambil keputusan balik dengan segera hari ini bersama kakak.

“Saya berterima kasih kepada pihak pengurusan UniSZA yang membantu membiayai dengan memberikan RM2,500 untuk kos penerbangan ke Tawau,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori