Thursday, November 30, 2023

Creating liberating content

Abu Sayyaf Penggal Tujuh...

MANILA - Kumpulan pengganas Abu Sayyaf dilaporkan telah memancung tujuh kepala tebusan hari...

23 Warga Australia Dalam...

WELLINGTON: Hampir dua dozen petugas pelayaran yang menaiki kapal tentera Australia bagi penghantaran...

UMNO Perlu Telus Sepanjang...

BUDAYA politik wang perlu diperangi sepenuhnya bagi mengukuhkan semula kewibawaan UMNO untuk bangkit...

‘Melayu’ DAP Zairil Khir...

KUALA LUMPUR - Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Zairil Khir Johari mendakwa Fatwa...

Didakwa Gigit Telinga Abang Ipar Hingga Putus

Muar : Seorang bekas penuntut universiti yang didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan menggigit telinga abang iparnya hingga putus, diarahkan menjalani rawatan psikiatri.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Perintah itu dikeluarkan Majistret Fatin Dalilah Khalid selepas membenarkan permohonan pihak pendakwaan agar tertuduh menjalani rawatan itu di Hospital Permai, di Tampoi, Johor Bahru. Johor.

Tertuduh, Tay Kim Meng, 28, yang kini bekerja sebagai pelayan restoran di Singapura didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan namun tidak pengakuan direkodkan sebaik pertuduhan dibaca jurubahasa mahkamah.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan itu terhadap abang iparnya berusia 41 tahun di sebuah kedai alat ganti kenderaan di Jalan Sakeh, di sini, pada jam 1.25 petang, 30 Oktober lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh boleh dipenjara sehingga tujuh tahun dan juga denda, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, kejadian berlaku apabila tertuduh naik angin selepas ahli keluarganya mahu menghantarnya menjalani rawatan di sebuah pusat rawatan mental di Kuala Lumpur.


Tindakan itu menyebabkan tertuduh tidak berpuas hati dan menolak permintaan mangsa lalu menggigit telinganya hingga putus.

Susulan kejadian itu, satu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar untuk tindakan lanjut.

Kejadian itu juga menyebabkan abang ipar tertuduh dihantar ke Hospital Sultanah Pakar Fatimah di sini, untuk menjalani rawatan.

Mahkamah juga menetapkan 30 November ini sebagai sebutan semula kes serta serahan laporan perubatan.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori