• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Datuk Razali Idris Beri Keterangan Kes Dakwaan Kepada SPRM

oleh Mohd Arshad
20/11/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Datuk Razali Idris Beri Keterangan Kes Dakwaan Kepada SPRM
Share on FacebookShare on Twitter

CHUKAI : Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Razali Idris selesai memberikan keterangan kepada polis berhubung dakwaan palsu terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam ceramah pilihan raya.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

“Saya memberi kerjasama yang baik…semuanya berjalan lancar,” katanya sebaik selesai memberi keterangan hari ini.

Razali memberi keterangan berhubung siasatan kenyataannya terhadap SPRM sebelum ini di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman dengan diwakili peguamnya, Nizam Amin.

Beliau tiba di perkarangan IPD Kemaman kira-kira jam 10 pagi dengan diiringi 20 penyokong BERSATU.

Razali berkata, beliau memberi kerjasama yang baik kepada pegawai siasatan dari Unit Siasatan Jenayah Terkelas dari Bukit Aman.

“Saya dirakam percakapan kira-kira setengah jam berkaitan kenyataan saya ketika pelancaran kempen jentera pilihan raya minggu lalu.

“Sebanyak 16 soalan saya jawab. Semuanya berjalan lancar,” katanya.

Beliau berkata disiasat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Rabu lalu, SPRM membuat laporan polis berhubung satu hantaran aplikasi TikTok tidak tepat serta menjejaskan kepercayaan orang awam kepada sistem penguatkuasaan dan perundangan negara.

SPRM dalam satu kenyataan berkata, menerusi hantaran dibuat pemilik akaun @wancin11, Razali dirakam mengeluarkan beberapa tuduhan palsu.

Razali didakwa membuat tuduhan itu dalam satu ceramah ketika Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman pada 10 November lalu.

Pada ceramah itu, Razali berkata jentera kerajaan, SPRM dan hakim dikawal oleh kerajaan perpaduan selain turut mempertikaikan keputusan hakim mahkamah tinggi berhubung sabitan empat pertuduhan ke atas Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

BHonline-

Tags: Datuk Razali IdrisketeranganSPRM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

KPT Sedang Muktamadkan Yuran Pengajian Pelajar Palestin

Next Post

Salah Diserang Di Liberia, Terpaksa Dilindungi Tentera

Related Posts

Siasatan ‘Ganjaran’ Sapura: SPRM Siasat Tan Sri, Beku 83 Akaun Babitkan Lebih RM158.26 Juta

Siasatan ‘Ganjaran’ Sapura: SPRM Siasat Tan Sri, Beku 83 Akaun Babitkan Lebih RM158.26 Juta

08/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang tokoh perniagaan bergelar Tan Sri disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes pengubahan wang haram yang...

3 Pegawai Menteri Kanan Ditahan SPRM?

3 Pegawai Menteri Kanan Ditahan SPRM?

07/05/2025
0

KUALA LUMPUR – Tiga pegawai kepada seorang menteri kanan dipercayai telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini,...

Next Post
Salah Diserang Di Liberia, Terpaksa Dilindungi Tentera

Salah Diserang Di Liberia, Terpaksa Dilindungi Tentera

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd