• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dakwaan Ketidakaturan Derma: SPRM Siasat Aman Palestin

oleh AK-47
07/11/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Dakwaan Ketidakaturan Derma: SPRM Siasat Aman Palestin
Share on FacebookShare on Twitter

Siasatan terhadap Aman Palestin Bhd berhubung dakwaan ketidakaturan dalam aktiviti pengumpulan derma oleh badan bukan kerajaan tersebut (NGO) untuk rakyat Palestin masih berterusan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata pegawai forensiknya sedang meneliti dokumen (kewangan) yang diperoleh daripada Aman Palestin dari 2020 hingga 2022.

“Kami belum memanggil mana-mana saksi buat masa ini kerana pegawai forensik masih lagi meneliti dokumen tersebut.

“Banyak perkara yang perlu kami teliti terutamanya berkaitan dengan rekod dari tahun 2020 hingga 2022,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Hari Integriti Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) di Putrajaya, hari ini.

Hadir sama Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil dan timbalannya, Teo Nie Ching.

Sebelum ini, Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin (gambar, atas) menerusi surat bertarikh 24 Ogos lalu meminta Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) agar tidak membenarkan kutipan Tabung Aman Palestin dilaksanakan di premis agama Islam di negeri itu.

Beliau menyatakan keraguan terhadap pengumpulan dan pengagihan dana oleh Aman Palestin dan menuntut lebih banyak ketelusan dalam perkara tersebut.

Oleh itu, pihak berkuasa agama negeri itu menangguhkan pengumpulan dana oleh Aman Palestin di Perlis bermula 12 Okt lalu sehingga siasatan selesai.

Dalam perkembangan lain, Azam berkata suruhanjaya itu ketika ini dipantau oleh lima panel bebas termasuk Jawatankuasa Aduan dan sudah memadai untuk menyiasat mana-mana pegawai SPRM didakwa terbabit dalam salah laku.

“Jawatankuasa Aduan ini sudah lama diwujudkan untuk menyiasat salah laku oleh mana-mana pegawai SPRM,” katanya.

Semalam, Gobind Singh Deo (PH-Damansara) ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2024 peringkat jawatankuasa di Dewan Rakjyat bertanya bila kerajaan akan menubuhkan jawatankuasa bagi menyiasat aduan terhadap pegawai SPRM yang didakwa terbabit dalam salah laku.

-Malaysia Kini

Tags: Aman PalestinKetidakaturan DermaSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd