• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bogel Di Surau Plaza Tol, Dua Sahabat Dipenjara

oleh Mohd Arshad
13/11/2023
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Bogel Di Surau Plaza Tol, Dua Sahabat Dipenjara
Share on FacebookShare on Twitter

BATU PAHAT: Lelaki dan wanita didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas tuduhan berbogel di surau plaza tol, dekat Yong Peng, di sini, Rabu lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Tertuduh pertama, Lok Kah Hui, 25, manakala tertuduh kedua, Yap Win Yin, 26, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibaca bersama dalam bahasa Mandarin oleh jurubahasa di hadapan Majistret Suhaila Shafi’uddin.

Kah Hui yang bekerja sebagai penjaga kebun durian manakala Win Yin pekerja kedai makanan haiwan didakwa berbogel sesama sendiri di surau lelaki, dekat Plaza Tol Yong Peng pada jam 8.15 pagi, 8 November lalu.

Susulan itu, mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 34 kanun sama, penjara sehingga dua tahun jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Wahidah Mohd Sharip manakala Kah Hui diwakili Tan Song Yan. Win Yin pula diwakili Kamarul Arifin Nordin, dengan kedua-duanya dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Terdahulu pihak pendakwaan dalam hujahnya meminta mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dengan mengambil kesalahan serius dilakukan kedua-dua tertuduh.

“Walaupun, kedua-dua tertuduh mengaku bersalah dan menjimatkan kos mahkamah, ia tidak bermakna pengakuan itu secara automatik boleh meringankan hukuman terhadap mereka.

“Mahkamah perlu mengambil kira kepentingan awam atas perbuatan dilakukan tertuduh iaitu kelucahan melampau dan hukuman perlu dilakukan sebagai pengajaran kepada individu lain,” katanya.

Selepas mengambil kira pengakuan bersalah kedua-dua tertuduh, hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara enam bulan terhadap Kah Hui manakala, Win Yin lima bulan.

Mahkamah juga memutuskan hukuman itu berjalan bermula dari tarikh kedua-dua tertuduh ditangkap 8 November lalu.

BHonline-

Tags: bogelsahabatsurau plaza tol
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lebih 100 Mayat Dikebumi Dalam Satu Kubur Di Gaza

Next Post

3 Penjawat Awam Ditahan Kes Kurung, Peras Wartawan

Related Posts

Polis Kenal Pasti Identiti Mayat Lelaki Bogel

Polis Kenal Pasti Identiti Mayat Lelaki Bogel

23/07/2022
0

Petaling Jaya : Polis sudah mengenal pasti identiti mayat lelaki yang ditemui mati dalam keadaan bogel dipercayai akibat terjatuh dari...

Mak Nyah Bogel ‘Menginap’ Di Penjara Sungai Buloh

21/03/2019
0

MAK nyah yang sebelum ini tular di media sosial berjalan bogel di pembahagi jalan terpaksa ‘menginap’ di penjara Sungai Buloh...

Next Post
3 Penjawat Awam Ditahan Kes Kurung, Peras Wartawan

3 Penjawat Awam Ditahan Kes Kurung, Peras Wartawan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd