Saturday, June 22, 2024

Creating liberating content

Nestle Syarikat Pertama Di...

KUALA LUMPUR - Nestle (Malaysia) Bhd. akan memulakan penggunaan penyedut minuman (straw) kertas...

Malaysia Juara Keseluruhan Silat...

KUALA LUMPUR - Kehebatan kontinjen negara terbukti apabila dinobatkan sebagai juara keseluruhan Kejohanan...

Keropok Udang Di Pasaran...

IPOH - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perak mengesahkan keropok...

Flotilla Belayar Ke Wilayah...

KLANG - Misi 'Food Flotilla for Myanmar' yang membawa bantuan kemanusiaan kepada kelompok...

BN Sedia Hadapi Lawan Di Kemaman

TEMERLOH: Barisan Nasional (BN) sedia berhadapan sesiapa sahaja yang dicalonkan parti lawan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, Terengganu, kata Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

“Kita sedia hadapi sesiapa sahaja, sama ada bekas pemimpin parti kita yang mengkhianati (kita), atau parti asal yang dibatalkan kemenangannya,” katanya kepada pemberita selepas meninjau pelapERksanaan projek pembangunan lembangan sungai bersepadu (PLSB) Sungai Semantan Fasa Satu di sini, hari ini.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika ditanya reaksi BN jika PAS menampilkan bekas pemimpin UMNO sebagai calon pada PRK Parlimen Kemaman.

Ia berikutan bekas Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa, pernah disebut-sebut sebagai antara nama dicadangkan bagi PRK itu.

PAS setakat ini belum mengumumkan calon mereka, namun antara nama yang dikatakan berada dalam senarai pendek ialah Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, dan pemenang kerusi Parlimen itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Che Alias Che Alias Hamid, sebelum kemenangannya dibatalkan.

BN mengumumkan bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, sebagai calon gabungan itu pada PRK berkenaan.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, BN akan mengikut prosedur operasi standard (SOP) berkempen dalam situasi banjir, jika bencana itu berlaku dalam tempoh PRK berlangsung memandangkan Monsun Timur Laut dijangka bermula bulan ini.


“Kita akan ikut SOP yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tetapi (berkempen) di pusat pemindahan sementara (PPS) itu pada hemat saya sudah tentunya.

“Apa yang penting adalah untuk kita menghargai dan menyantuni mangsa banjir itu terlebih dahulu,” katanya.

PRK Parlimen Kemaman perlu diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 September lalu membatalkan kemenangan Che Alias.

SPR menetapkan hari pengundian berlangsung pada 2 Disember manakala tarikh penamaan calon dan hari pengundian awal ialah masing-masing pada 18 November dan 28 November ini.

Pada PRU15, calon BN, Datuk Seri Ahmad Said tewas kepada Che Alias dengan majoriti 27,179 undi, sekali gus menyaksikan PAS mendominasi semua 14 kerusi Parlimen di negeri berkenaan.

Bernama-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori