• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ADUN Rembia Nafi Minta Wang, Akaun WhatsApp Digodam

oleh Mohd Arshad
04/11/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
ADUN Rembia Nafi Minta Wang, Akaun WhatsApp Digodam
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis mendakwa akaun WhatsApp digodam sehingga namanya dipaparkan kononnya meminta wang daripada orang ramai sejak Selasa lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menurutnya, perkara itu disedari apabila menerima panggilan telefon daripada beberapa kenalan dan ahli keluarga yang meminta kepastian selepas menerima mesej berkenaan.

“Ada usaha mengaibkan saya dengan menggunakan nombor telefon saya yang lama dan meminta duit daripada semua orang.

“Alhamdulillah saya sudah buat laporan polis dan menamatkan nombor terbabit, malangnya ia masih digunakan melalui WhatsApp,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, WhatsApp tidak boleh digunakan selepas menerima dan mengesahkan enam digit kod dihantar seorang kenalannya pada 31 Oktober lalu, kira-kira jam 9 malam.

“Waktu itu saya berada di rumah di Ayer Keroh sebelum seorang kenalan menghantar mesej untuk ‘private chatting’ dan menyuruh saya menerima kod peribadi sebanyak enam digit.

“Memandangkan dia kenalan dalam kumpulan WhatsApp saya menerima kod itu dan lima minit kemudian WhatsApp saya tidak boleh digunakan dan mula menerima panggilan bertanyakan adakah saya mahu meminjam wang?” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Ayer Keroh pada 1 November lalu.

BHonline-

Tags: ADUN Rembiaakaun WhatsAppMinta Wang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Adun Rembia Masuk PAS

Adun Rembia Masuk PAS

16/07/2024
1

Adun Rembia, Muhammad Jailani Khamis, kini sah menjadi ahli PAS. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP….. Perkara itu diumumkan setiausaha agung...

4 Warga Asing Ditahan Minta Wang Di Genting Highlands

4 Warga Asing Ditahan Minta Wang Di Genting Highlands

09/05/2023
0

BENTONG - Empat wanita warga asing ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan meminta wang dan mengganggu ketenteraman awam di sekitar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd