Thursday, November 30, 2023

Creating liberating content

Mahkamah Arah Suspek Kes...

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan suspek utama kes...

Langgar SOP, KKM Arah...

JOHOR BAHRU : Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan tiga pemimpin Barisan Nasional (BN) yang...

Isteri Tikam Suami Hingga...

KUANTAN - Pertengkaran sepasang suami isteri, disyaki berpunca daripada persaraan cemburu, berakhir tragis...

2 Rakan Mengaku Campak...

SHAH ALAM - Dua orang rakan hari ini mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen...

Suami Tikam Isteri: Suspek Direman Seminggu

KANGAR: Seorang bekas tentera yang dipercayai menikam isterinya sehingga maut dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Padang Nyu, Arau, semalam direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 7 Oktober.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Perintah reman tersebut dikeluarkan oleh Majistret, Siti Norhasliza Md. Ali.

Terdahulu, suspek berkenaan tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Kangar dengan berpakaian berwarna oren kira-kira pukul 8.20 pagi.

Suspek tersebut juga dibawa masuk ke mahkamah dengan diiringi anggota polis bagi mendapatkan perintah reman berkenaan.

Semalam Utusan Malaysia melaporkan, akibat cemburu dengan mengesyaki isterinya berlaku curang dipercayai menjadi punca seorang suami bertindak menikam isterinya dengan sebilah pisau di bahagian kiri dada wanita berkenaan dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Padang Nyu.


Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu, dipercayai telah terjadi pergaduhan terlebih dahulu antara suspek berusia 38 tahun yang juga merupakan pesara tentera dan isterinya,31, merupakan seorang jururawat Hospital Tuanku Fauziah (HTF) yang pada masa itu sedang bersedia untuk keluar pergi bekerja.

Selepas menikam isterinya di ruang tamu rumah, suspek dikatakan telah membawa wanita berkenaan ke dalam bilik utama dan menutup mangsa dengan selimut tebal seterusnya menghantar dua anak mereka ke rumah pengasuh.

Siasatan kes berkenaan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori