• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perintah Kawalan Pergerakan Di Kawasan ESSZONE Mulai 6 Petang Esok

oleh Mohd Arshad
16/10/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Perintah Kawalan Pergerakan Di Kawasan ESSZONE Mulai 6 Petang Esok
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Perintah berkurung di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) dijenamakan semula sebagai Perintah Kawalan Pergerakan ESSZONE mulai jam 6 petang, esok.

Wow….pizza cuma RM11?…..nak tahu lanjut..klik sini…..

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata Perintah Kawalan Pergerakan ESSZONE membabitkan kawasan perairan di enam daerah di Sabah dengan Tawau dikecualikan.

Enam perairan yang masih tertakluk di bawah Perintah Kawalan Pergerakan ESSZONE adalah Lahad Datu, Kunak, Semporna, Sandakan, Kinabatangan dan Beluran.

Perairan Tawau dikecualikan memandangkan statistik menunjukkan tahap ancaman yang rendah serta kawalan keselamatan di perairan daerah terbabit yang memuaskan.

“Berkuat kuasa 17 Oktober 2023 (esok) jam 6 petang, Perintah Kawalan Pergerakan ESSZONE Sabah No.1 akan mula dikuatkuasakan bagi menyambung Perintah Berkurung Sabah No.220 yang akan tamat pada jam 6 petang esok,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Perintah kawalan pergerakan ini diperlukan bagi memastikan kawasan perairan tidak diceroboh atau diancam dan pelaksanaannya akan menjamin keselamatan serta kesejahteraan rakyat Sabah di kawasan ESSZONE.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan tahap keselamatan di Sabah kekal terkawal dan akan memastikan segala langkah diambil bagi membanteras insiden jenayah rentas sempadan, penculikan atau penyeludupan,” katanya.

Perintah Kawalan Pergerakan ESSZONE Sabah dikuatkuasakan mengikut Subseksyen 31 (1) Akta Polis 1967 (Akta 344).

Perintah Berkurung di ESSZONE mula dilaksanakan pada `6 Julai 2014 di kawasan perairan daerah Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Sandakan bagi menangani masalah pencerobohan.

Ia juga bertujuan mengekang ancaman pencerobohan pengganas Sulu dan penculikan oleh kumpulan ‘penculik untuk tebusan’ (KFR) di kawasan pantai timur Sabah.

-Berita Harian

Tags: Esszoneperintah kawalan pergerakan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Syarikat Keselamatan Swasta Tempatan Boleh Mainkan Peranan Memperkasakan Keselamatan Di ESSZONE

Syarikat Keselamatan Swasta Tempatan Boleh Mainkan Peranan Memperkasakan Keselamatan Di ESSZONE

16/09/2023
0

KUALA LUMPUR : Kerajaan Malaysia diseru memberi peranan dan ruang kepada syarikat keselamatan swasta tempatan untuk menguatkan dan memperkasakan ciri-ciri...

Perintah Berkurung Di ESSZONE Dilanjutkan Hingga 6 Mac 2023

Perintah Berkurung Di ESSZONE Dilanjutkan Hingga 6 Mac 2023

18/02/2023
0

KOTA KINABALU: Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) yang berakhir esok, dilanjutkan sehingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd