• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MYAirline: Penumpang Terjejas Dibayar Balik Sebaik Pelabur Baru Masuk

oleh Mohd Arshad
16/10/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
MYAirline: Penumpang Terjejas Dibayar Balik Sebaik Pelabur Baru Masuk
Share on FacebookShare on Twitter

Syarikat penerbangan bajet MYAirline hanya akan dapat membayar balik penumpang yang terjejas akibat penggantungan operasinya sebaik sahaja pelabur baru masuk.

Wow….pizza cuma RM11?…..nak tahu lanjut..klik sini…..

Eksekutif Interim MYAirline Azharuddin Abdul Rahman berkata syarikat itu kini dalam “peringkat akhir” untuk berunding dengan bakal pelabur.

“Jadi, ia hanya menunggu masa, dan apabila kami mendapat pembiayaan, maka proses pemulangan akan bermula,” kata Azharuddin pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Azharuddin menegaskan bahawa dia “positif” syarikat penerbangan yang bermasalah itu boleh membayar balik penumpang, tetapi berkata dia tidak boleh memberikan garis masa.

MyAirline, juga katanya memohon maaf kepada semua penumpang dan agensi penerbangan yang terjejas akibat penggantungan operasi mereka yang tidak dijangka.

Menurut Azharuddin, setakat ini syarikat penerbangan tersebut menerima 18,000 e-mel berhubung perkara berkenaan.

“Pihak kami juga merekodkan 125,000 penumpang yang terjejas dan dianggarkan RM22 juta bayaran balik akan dilakukan.

“Penumpang akan dapat bayaran balik penuh namun orang ramai diminta bersabar kerana syarikat sedang dalam usaha untuk memproses permintaan berkenaan,” katanya lagi.

Penumpang yang terjejas, kata Azharuddin lagi diminta menghubungi pihaknya di [email protected] untuk memulakan proses bayaran balik.

Selain itu, talian hotline di 03-8966 2522 beroperasi dari 7 pagi hingga 6 petang setiap hari bagi memudahkan proses pembayaran balik proses dan penyediaan bantuan, jelasnya.

Terdahulu, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM) menggantung lesen operasi MYAirline bermula hari ini.

Pihak berkuasa penerbangan itu berkata penggantungan Sijil Operator Udara (AOC) akan berkuat kuasa selama 90 hari, sementara menunggu siasatan lanjut CAAM.

-Malaysia Kini

Tags: bayar balikMYAirline
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bayar Balik Segera Wang RM24.4 Juta Yang Dicuri – Bank Negara

Bayar Balik Segera Wang RM24.4 Juta Yang Dicuri – Bank Negara

23/06/2024
0

KUALA LUMPUR : Semua pemegang akaun yang terjejas dalam kes kehilangan wang daripada beberapa akaun simpanan tetap membabitkan kerugian berjumlah...

Koo Ham Mohon Maaf Campur Tangan Urusan Islam

MYAirline Beri Amaran Penipuan Bayaran Balik

30/12/2023
0

SHAH ALAM - Syarikat penerbangan tambang murah, MYAirline memberi amaran kepada pelanggan berkenaan aktiviti penipuan melibatkan proses bayaran balik yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd