ALHAMDULILLAH…kisah atlet cilik BMX Freestyle Malaysia memerlukan dana untuk menyertai pertandingan BMX di Hyoga, Jepun mendapat perhatian ramai.
Wow….pizza cuma RM11?…..nak tahu lanjut..klik sini…..
Muhammad Afi Arsyad yang berusia 8 tahun akan menerima tajaan penuh pertubuhan FoloBMX untuk dia ke pertandingan BMX Freestyle C3 Jam di Hyoga bulan depan.
Kanak-kanak berbakat besar dari Wangsa Maju itu bukan saja menerima tajaan kewangan, malah latihan oleh pemenang pingat gangsa sukan sea 2019 BMX, Sheikh Muhammad Taslim.
Pengurus FoloBMX, Becky Zulkepli berkata, pihaknya terpanggil untuk membantu Muhammad Afi Arsyad mencapai hasratnya ke Hyoga selepas membaca kisahnya di Mynewshub.
“Kita akan membantu dalam aspek kos penerbangan, makan minum, tempat tinggal dan segala diperlukan dia di sana. Soal menang atau kalah itu perkara kedua, yang utama kanak-kanak ini berbakat besar dan akan membawa nama Malaysia dalam pertandingan itu,” katanya.


Becky berkata, pihaknya telah berjumpa dengan bapa Muhammad Afi Arsyad dan kanak-kanak itu akan menjalani latihan di Wangsa Maju serta Bangi sebagai persiapan ke Hyoga.
Mynewshub sebelum ini melaporkan, Muhammad Afi Arsyad yang merupakan atlet bagi acara BMX Freestyle dan berada dalam rangking ke-2 di Malaysia berdasarkan senarai Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia memerlukan dana bagi menyertai pertandingan BMX Freestyle C3 Jam di Hyoga.
Pertandingan BMX Freestyle di Hyoga itu akan berlangsung dari 10 hingga 13 November 2023.
Jelas Becky, FoloBMX merupakan sebuah pertubuhan BMX Flatland yang mencungkil bakat dan menjaga kebajikan atlet BMX Flatland di Malaysia termasuk mengadakan program-program di sekolah, malah pernah mengadakan klinik BMX Flatland di Indoensia.
“Kita juga dapat sokongan daripada Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia, Kelab BMX Undernorth, Carnada Bikes, Kelantan BMX dan Two Legs Flat serta Kuantan BMX.
“Acara BMX Racing adalah acara perlumbaan. Acara BMX Park yang anda saksikan, aksi-aksi lompatan oleh penunggang BMX. Acara BMX Flatland adalah aksi di permukaan yang rata di mana penunggang BMX ‘menari-nari’ di atas BMX,” katanya.
Gambar:
1) Muhammad Afi Arsyad (baju merah, cap putih)
2) Sheikh Muhammad Taslim – pemenang pingat gangsa Sukan SEA 2019 (baju hitam)
3) Becky Zulkepli
-Mynewshub
