• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Melaka Tubuh Pusat Penyelidikan Berkaitan Hang Tuah

oleh Mohd Arshad
27/10/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Melaka Tubuh Pusat Penyelidikan Berkaitan Hang Tuah
Share on FacebookShare on Twitter

DURIAN TUNGGAL: Kerajaan negeri menubuhkan Pusat Kajian Tuah (TRC) di Universiti Melaka (UNIMEL) di sini, bagi tujuan mengkaji hasil penyelidikan berkaitan Laksamana Hang Tuah yang diperoleh dari beberapa negara sebelum ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata pusat kajian itu akan mengumpulkan semua artifak sejarah Hang Tuah yang diperoleh sekumpulan penyelidik untuk dikaji secara mendalam sebelum didedahkan kepada umum.

Katanya, sebelum ini kumpulan pengkaji yang diketuai Prof Datuk Dr Mohd Taib Dora sudah ke beberapa negara untuk melihat dan mendapatkan bahan bukti mengenai kemasyhuran Hang Tuah termasuk di Rom (Itali), Amsterdam (Belanda), Britain selain China, India dan Turkiye.

“Hasil kunjungan kumpulan penyelidik yang kita hantar ke negara berkenaan terdapat artifak yang termaktub dalam sejarah negara mereka dengan tertulis nama Laksamana Hang Tuah.

“Menerusi penemuan itu dipercayai negara berkenaan mempunyai hubungan cukup rapat sebagai seorang diplomat dari Kesultanan Melayu Melaka yang ditugaskan untuk menghubungi negara luar bagi menjalankan hubungan diplomatik pada ketika itu.

“Apa yang ditemui di Universiti Lethern di Amsterdam baru-baru ini ialah lebih 20 buku mengenai Hang Tuah dalam 20 bahasa dunia dan ia akan kita cuba bawa balik ke Melaka sebagai membuktikan hebatnya laksamana Melayu itu di mata dunia.

“Jadi, kita sedang memperhalusi kekuatan dan kehebatan Hang Tuah.Malah kita cuba memuktadmadkan sebaik mungkin semua bahan sejarah yang kita peroleh itu pada Jun tahun hadapan,” katanya selepas menyampaikan amanat pada Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri di Dewan Canselori Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), di sini hari ini.

Yang turut hadir EXCO Kanan Negeri, Datuk Rais Yasin; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Zaidi Johari dan Naib Canselor UTeM, Prof Datuk Dr Massila Kamalrudin.

Sebelum ini, Ab Rauf mengumumkan pelantikan 10 penyelidik serta pakar sejarah dari beberapa universiti tempatan bagi melengkapkan kajian penyelidikan mengukuh kewujudan Hang Tuah menerusi sumber baharu.

Pasukan pengkaji Hang Tuah dan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka itu diketuai Mohd Taib dan dibantu Prof Madya Dr Rohaidah Kamaruddin dari Universiti Putra Malaysia (UPM) serta Dr Mardiana Nordin dari Universiti Malaya (UM).

Beberapa ahli pasukan penyelidik itu sebelum ini berjaya mengenal pasti banyak sumber baharu masih belum diterokai serta mengesan banyak khazanah serta artifak yang masih tersimpan di beberapa negara seperti Jepun, India, Portugal, Turkiye, China, Brunei, Indonesia dan Thailand.

BHonline-

Tags: Hang TuahMelakaPusat Penyelidikan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

China Hantar Tiga Angkasawan Ke Angkasa Lepas

Next Post

Bank Negara Keluar Notis Ancaman Serangan Penggodam Pro-Israel

Related Posts

Melaka Mohon Semula Bangunkan Kawasan Tambakan Laut Bawah UNESCO

Melaka Mohon Semula Bangunkan Kawasan Tambakan Laut Bawah UNESCO

09/07/2024
0

Kerajaan Melaka akan membuat permohonan semula kepada Jabatan Warisan Negara bagi membangunkan kawasan tambak laut yang digazetkan sebagai Tapak Warisan...

62 Rumah Di 3 Kampung Di Melaka Terjejas Akibat Banjir Kilat

62 Rumah Di 3 Kampung Di Melaka Terjejas Akibat Banjir Kilat

22/05/2024
0

Melaka : Sebanyak 62 rumah penduduk di Kampung Pengkalan Batu, Kampung Bachang Darat dan Kampung Peringgit di sini, terjejas akibat...

Next Post
Melaka Tubuh Pusat Penyelidikan Berkaitan Hang Tuah

Bank Negara Keluar Notis Ancaman Serangan Penggodam Pro-Israel

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd