Friday, March 1, 2024

Creating liberating content

JAS Ambil Tindakan Pembakaran...

PUTRAJAYA - Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang...

Harga RON97 Naik 16...

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON97 naik 16 sen seliter manakala harga RON95...

Wanita Lahirkan Bayi P’puan...

Buenos Aires - Seorang wanita melahirkan bayi perempuan seberat 6 kilogram (kg) sekali...

Dalang Sindiket MyKad Palsu...

LUMUT - Sepasang suami isteri warga Filipina antara 18 warga asing yang ditahan...

Lonjak Sektor Pelancongan Sekarang, Tak Perlu Tunggu 2026 – Hamzah

Ketua pembangkang Hamzah Zainudin menggesa kerajaan mengambil kesempatan daripada pemulihan sektor pelancongan global dan kejatuhan nilai ringgit bagi meningkatkan industri pelancongan negara.

Wow….pizza cuma RM11?…..nak tahu lanjut..klik sini…..

Hamzah (PN-Larut) berkata kerajaan tidak boleh menunggu sehingga tahun 2026 untuk melonjak industri pelancongan.

“Apabila Tahun Melawat Malaysia ditetapkan pada tahun 2026 (seperti diumum dalam Belanjawan 2024), kerajaan tidak boleh semata-mata menunggu sehingga tahun 2026 untuk melonjak industri pelancongan.

“Sebaliknya kerajaan perlu mengambil peluang daripada trend pemulihan sektor pelancongan di seluruh dunia dan juga kejatuhan nilai ringgit untuk melonjakkan industri pelancongan ke tahap yang jauh lebih tinggi.

“Oleh itu, PN mencadangkan agar perbelanjaan berkaitan dengan Tahun Melawat Malaysia kini dipercepatkan bagi meningkatkan promosi, memperkasa infrastruktur dan prasarana,” katanya ketika sesi perbahasan RUU Perbekalan Belanjawan 2024, di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, dalam ucapan Belanjawan 2024, Menteri Kewangan Anwar Ibrahim berkata Tahun Melawat Malaysia telah ditetapkan semula pada tahun 2026 dengan sasaran ketibaan 26.1 juta pelancong asing dan anggaran perbelanjaan domestik sebanyak RM97.6 bilion ringgit.


Katanya, kerajaan menyediakan RM350 juta bagi merancakkan promosi dan aktiviti pelancongan supaya Malaysia kembali sebagai destinasi pelancongan pilihan utama dunia.

Sementara itu, Hamzah juga berkata selain daripada meningkatkan kehadiran pelancong, kerajaan seharusnya memberi fokus kepada segmen pelancongan bernilai tinggi.

“Sebagai contoh pelancongan kapal mewah di Langkawi, pelancongan alam semulajadi seperti di Danum Valley di Sabah dan Taman Negara Gua Niah di Sarawak.

“Peluang ini tidak boleh dipersiakan dan beberapa penambahbaikan termasuk aspek visa harus dilihat semula agar Malaysia mampu melonjakkan industri pelancongan ke tahap yang lebih tinggi,” katanya.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori