• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jumlah Penganggur Turun 0.3% Pada Ogos

oleh AK-47
10/10/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Geng Tikus Tumpas
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA : Jumlah penganggur menurun 0.3% pada Ogos lalu kepada 577,300 orang berbanding 579,200 orang pada bulan sebelumnya, manakala kadar pengangguran kekal pada 3.4%, menurut Statistik Tenaga Buruh Malaysia Ogos 2023.

Wow….pizza cuma RM11?…..nak tahu lanjut..klik sini…..

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, pasaran buruh stabil pada Ogos 2023 dengan peningkatan berterusan dalam bilangan penduduk bekerja, manakala bilangan penganggur terus menurun.

Katanya, bilangan tenaga buruh dalam tempoh tersebut meningkat 0.1% bulan ke bulan kepada 16.93 juta orang daripada 16.91 juta orang pada Julai, manakala kadar penyertaan tenaga buruh pada Ogos kekal 70.1% seperti dalam Julai.

“Bilangan penduduk bekerja pada Ogos lepas naik 0.1% kepada 16.35 juta orang berbanding 16.34 juta orang pada Julai,” katanya dalam kenyataan berhubung laporan statistik yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia hari ini

Mengenai kedudukan guna tenaga, Uzir berkata, 75.4% daripada jumlah penduduk bekerja adalah dalam kategori pekerja dan kategori berkenaan meningkat 0.1% dengan merekodkan 12.32 juta orang berbanding 12.31 juta orang pada bulan sebelumnya.

Beliau berkata penduduk bekerja sendiri juga mencatat kenaikan iaitu 0.3% pada Ogos kepada 2.97 juta orang berbanding 2.96 juta orang pada Julai.

“Mengikut sektor ekonomi, bilangan penduduk bekerja dalam sektor perkhidmatan terus menunjukkan trend menaik, terutamanya dalam aktiviti perdagangan borong dan runcit; perkhidmatan makanan dan minuman; dan pengangkutan dan penyimpanan,” katanya.

Menurut Uzir, sektor pembuatan, pertanian, pembinaan serta perlombongan dan pengkuarian turut mencatatkan peningkatan dalam bilangan penduduk bekerja pada Ogos.

Beliau berkata, situasi pengangguran pada Ogos menunjukkan penganggur aktif atau mereka yang bersedia untuk bekerja dan aktif mencari pekerjaan merangkumi 80% daripada jumlah penganggur.

Menurutnya, kategori tersebut menurun 0.6% dengan mencatatkan 462,100 orang pada Ogos berbanding 464,700 orang pada Julai.

“Dalam kalangan penganggur aktif, mereka yang menganggur kurang daripada tiga bulan meliputi 61.4%, manakala mereka yang berada dalam pengangguran jangka panjang melebihi setahun mencatatkan 6.2%,” katanya.

Menurut Uzir, mereka yang percaya bahawa tiada pekerjaan tersedia atau penganggur tidak aktif merekodkan peningkatan sebanyak 0.6% kepada 115,200 orang daripada 114,500 orang pada Julai.

Jelasnya, komposisi terbesar bagi luar tenaga buruh adalah disebabkan oleh kerja rumah atau tanggungjawab keluarga dengan 42.9%, manakala 40.1 % disebabkan oleh bersekolah atau latihan.

“Kedudukan pasaran buruh negara dijangka berada dalam pertumbuhan sederhana pada bulan-bulan yang akan datang mengambil kira cabaran dalam ekonomi,” katanya.

-Utusan Online

Tags: Penganggur
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Dewan Rakyat: Hutang Negara Meningkat Kepada RM1.08 Trilion

Next Post

Dewan Rakyat Luluskan Rang Undang-Undang Kesatuan Sekerja (Pindaan) 2022

Related Posts

Penganggur Bunuh Adik, Ibu Saudara, Dihukum Penjara 35 Tahun, 24 Sebatan

Penganggur Bunuh Adik, Ibu Saudara, Dihukum Penjara 35 Tahun, 24 Sebatan

14/11/2024
0

PUTRAJAYA : Mahkamah Rayuan hari ini menjatuhkan hukuman penjara 35 tahun kepada seorang penganggur kerana membunuh adik lelaki dan ibu...

Penganggur Dituduh Bunuh Ibu Bapa, Anak Saudara

Penganggur Dituduh Bunuh Ibu Bapa, Anak Saudara

20/08/2024
0

Muar : Penganggur menghadapi empat pertuduhan di Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, berkaitan kes bunuh dan...

Next Post
Geng Tikus Tumpas

Dewan Rakyat Luluskan Rang Undang-Undang Kesatuan Sekerja (Pindaan) 2022

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd