• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JAWI Diminta Rangka Strategi, Pelan Tindakan Lahir Qari, Qariah Berkualiti

oleh Mohd Arshad
29/10/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
JAWI Diminta Rangka Strategi, Pelan Tindakan Lahir Qari, Qariah Berkualiti
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) diminta menyusun rangka strategi dan pelan tindakan dalam tempoh tiga tahun bagi melahirkan qari, qariah, hafiz dan hafizah berkualiti dalam kalangan belia dan anak muda termasuk asnaf di Wilayah Persekutuan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata kelompok itu akan dibimbing dengan latihan berterusan secara bermodul serta silibus daripada tokoh al-Quran sehingga mereka menguasai ilmu pembacaan al-Quran serta asas tadabbur kitab suci itu.

“Menyantuni masyarakat agar kembali menghayati nilai-nilai al-quran, itulah keutamaan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang sedang digerakkan bersama oleh semua agensi dalam pelbagai pendekatan.

“Inilah juga usaha kita semua untuk melestarikan agenda ‘Membangun Malaysia MADANI’, membentuk masyarakat yang menjunjung tinggi nilai-nilai ilmu, akhlak dan budi.

“Usaha ini adalah komitmen yang begitu bersungguh-sungguh dicetuskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penutupan Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan, semalam.

Mohd Na’im berkata, institusi masjid dan surau di Wilayah-Wilayah Persekutuan akan terus diupayakan sebagai madrasah kepada masyarakat di semua peringkat umur untuk mempelajari serta memahami kupasan dan tafsiran al-Quran.

“Individu yang berpegang teguh kepada ajaran agama akan menyerlahkan nilai qurani seperti perpaduan, berkasih sayang, bertoleransi dalam bermasyarakat.

“Alhamdulillah, saya memerhati dan sedar ada beberapa masjid dan surau di Wilayah Persekutuan telah maju kehadapan menyusun kuliah-kuliah serta kelas pengajian al-Quran, dan menjadi harapan kita semua agar semua masjid dan surau membuat usaha yang sama untuk memakmurkan penghayatan al-Quran,” katanya.

-Berita Harian

Tags: JAWIpelanqariqariahstrategi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Presiden Zahid Jumpa Pemimpin UMNO Negeri Sembilan Bincang Strategi PRN

Presiden Zahid Jumpa Pemimpin UMNO Negeri Sembilan Bincang Strategi PRN

28/06/2026
0

SEREMBAN - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengadakan perjumpaan khas bersama seluruh saf kepimpinan UMNO Negeri Sembilan...

Kewujudan Muafakat Nasional Perlu Dibendung – Pemuda PH

Kewujudan Muafakat Nasional Perlu Dibendung – Pemuda PH

28/06/2026
0

BATU PAHAT - Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH), Woo Kah Leong mendakwa usaha untuk mewujudkan kembali Muafakat Nasional sedang berlaku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd