• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, January 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Erdogan Gesa Israel, Palestin Tidak Burukkan Lagi Keadaan

oleh Mohd Arshad
07/10/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Erdogan Gesa Israel, Palestin Tidak Burukkan Lagi Keadaan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden Turki, Recep Tayyep Erdogan menyeru kedua-dua pihak Israel dan Palestin untuk tidak bertindak dengan terburu-buru supaya situasi tidak menjadi lebih buruk susulan serangan balas Hamas pada pagi Sabtu ekoran pencerobohan rejim Israel di Palestin.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Media antarabangsa Al-Jazeera melaporkan, Erdogan turut menggesa supaya jangan ada pihak melakukan sebarang tindakan yang dikhuatiri boleh mencemar atau merosakkan infrastruktur dan status kesucian Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis.

Selain itu, Kementerian Luar Mesir juga telah mengeluarkan amaran mengenai kemungkinan buruk yang mungkin timbul susulan ketegangan yang semakin meningkat di Sempadan Gaza itu.

Penasihat kepada Pemimpin Umum Iran, Ali Khamenei pula mengucapkan tahniah kepada Pejuang Hamas dan Briged Al-Qassam kerana melancarkan serangan terbesar dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.

“Kami mengucapkan tahniah kepada pejuang Palestin,” kata Rahim Safavi, yang seterusnya berikrar akan terus menyokong kumpulan tersebut sehingga Palestin dan Baitulmaqdis mencapai kemerdekaan.

Kerajaan Mesir juga menyeru agar pihak berkuasa mengenakan sekatan maksimum, dan mengelak orang awam daripada terdedah kepada bahaya selanjutnya.

Dalam pada itu media antarabangsa turut melaporkan Kementerian Kesihatan Israel sebagai berkata, setakat jam 6.30 petang (waktu Malaysia) pada Sabtu, 22 warga Yahudi telah terbunuh, manakala 545 lagi telah ditempatkan di hospital.

-Sinar Harian

Tags: IsraelPalestinRecep Tayyep Erdogan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Kecam Serangan Terbaru Israel Di Gaza, Nyatakan Pencabulan Gencatan Senjata

Malaysia Kecam Serangan Terbaru Israel Di Gaza, Nyatakan Pencabulan Gencatan Senjata

22/01/2026
0

KUALA LUMPUR - Malaysia mengecam keras serangan oleh rejim Israel di Gaza yang mengakibatkan kematian orang awam yang tidak berdosa,...

Malaysia Kecam Israel Larang Operasi Organisasi Bantuan Kemanusiaan Di Gaza

Malaysia Kecam Israel Larang Operasi Organisasi Bantuan Kemanusiaan Di Gaza

01/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Malaysia mengecam sekeras-kerasnya keputusan rejim Zionis Israel untuk melarang dan menggantung operasi sebilangan besar organisasi bantuan kemanusiaan antarabangsa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd