• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

5 Bekas Pelajar, 4 Yang Lain Diarah Bayar Ganti Rugi Lebih RM600,000 Kepada Mangsa Buli

oleh Mohd Arshad
17/10/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
5 Bekas Pelajar, 4 Yang Lain Diarah Bayar Ganti Rugi Lebih RM600,000 Kepada Mangsa Buli
Share on FacebookShare on Twitter

Putrajaya: Mahkamah Persekutuan memerintahkan lima bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA) di Terengganu bersama tiga pihak lain membayar ganti rugi lebih RM600,000 kepada mangsa buli lapan tahun lalu yang mengalami kecacatan kekal.

Wow….pizza cuma RM11?…..nak tahu lanjut..klik sini…..

Panel tiga hakim iaitu Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim, Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil sebulat suara memutuskan bahawa sembilan pihak berkenaan bertanggungjawab dan cuai ke atas plaintif yang juga bekas pelajar sekolah sama yang kini berusia 22 tahun.

Selain lima bekas pelajar senior yang ketika ini berusia 25 tahun, empat pihak lain adalah Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM), Sulaiman Ngarif; bekas Pengetua, Meriam Jusoh; Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan (KPM) dan kerajaan Malaysia masing-masing selaku defendan keenam hingga kesembilan.

Ia susulan kejadian pukul, buli dan serangan yang berlaku di bilik asrama ketua pengawas SESMA pada 26 April 2015 yang mana ketika itu plaintif berusia 14 tahun.

Keputusan dibuat menerusi aplikasi Zoom semalam mendapati Ketua Pengarah KPM dan kerajaan bertanggungjawab secara vikarius (liabiliti ganti rugi) akibat kecuaian warden, penolong kanan HEM dan pengetua.

Susulan itu, mahkamah mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 2019 dan mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan pada 20 Mei 2021.

Mangsa memfailkan tuntutan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu melalui bapanya terhadap sembilan defendan itu menerusi Peguamcara Tetuan WA Wan Adnan & Associates.

Berdasarkan tuntutan itu, mangsa mendakwa dipukul, dibuli dan diserang lima pelajar senior sehingga mengakibatkan gegendang telinga kanannya pecah serta mengalami kecacatan kekal dan hilang pendengaran.

Plaintif juga mengalami trauma teruk dan tekanan perasaan sehingga memaksanya menjalani rawatan psikiatri.

Pada 29 September 2019, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu mendapati semua defendan bertanggungjawab atas kecederaan itu dan membenarkan semua tuntutan ganti rugi termasuk ganti rugi am kecederaan, khas dan teladan.

Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan pada 20 Mei 2022 sebulat suara mengetepikan keseluruhan keputusan itu dan memutuskan plaintif gagal membuktikan liabiliti lima defendan itu telah memukul, membuli dan menyerangnya.

Semua hakim Mahkamah Rayuan itu juga menetapkan bahawa defendan keenam dan ketujuh termasuk warden dan pengetua tidak cuai dalam menjalankan tugas terhadap pelajar.

Susulan itu, defendan kelapan dan kesembilan tidak dipertanggungjawabkan atas tuntutan plaintif.

Dalam kes itu, plaintif diwakili peguam Wan Azliana Wan Adnan dan Hisyam Yusof.

Sementara itu, Wan Azliana yang juga Ketua Gerakan Anti Buli berkata, kes ini adalah satu kemenangan buat semua mangsa kejadian buli seluruh Malaysia.

“Saya berharap keputusan kes ini dapat dijadikan pengajaran dan bertindak sebagai ‘pengajaran’ bagi kes buli lain,” katanya menerusi kenyataan.

Pada 29 September 2021, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu memerintahkan sembilan pihak membayar tuntutan RM616,634.20 kepada plaintif yang menjadi mangsa buli.

Akibat dipukul, ditendang dan ditampar oleh pelajar senior dalam kejadian buli itu, mangsa kehilangan pendengaran sebelah kanan kerana gegendang telinga pecah menyebabkannya tidak boleh melakukan aktiviti air seumur hidup, selain mengalami beberapa kecederaan lain.

Malah, plaintif yang juga pelajar pintar dan memperoleh keputusan 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah pada 2013 turut mengalami tekanan perasaan dan trauma sehingga terpaksa bertukar ke sekolah lain pada Julai 2015.

BHonline-

Tags: ganti rugimangsa buli
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

30/03/2026
0

PUTRAJAYA - Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang merangka cadangan pindaan lanjut terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 berhubung tindakan lain boleh dikenakan...

‘Ganti Rugi RM1.35 Juta Kepada Guan Eng Terlampau Tinggi’ – Muhyiddin

‘Ganti Rugi RM1.35 Juta Kepada Guan Eng Terlampau Tinggi’ – Muhyiddin

08/11/2024
0

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin sangat kecewa dengan keputusan Mahkamah Tinggi di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd