Saturday, June 15, 2024

Creating liberating content

Lelaki Bunuh, Bakar Bapa...

Ranau : Seorang lelaki dipercayai bukan sahaja membunuh malah membakar saudaranya sendiri sebelum...

Jurulatih Terjun Dari Australia...

KUALA LUMPUR – Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) mengambil keputusan untuk mendapatkan khidmat...

Bekas Tentera Amuk Dalam...

SUTHERLAND Springs (Amerika Syarikat) - Seorang bekas anggota tentera udara melepaskan tembakan rambang...

Jangan Kutuk Lawatan PM...

HARAP kawan-kawan tidak akan kutuk lawatan PM8 ke Arab Saudi sebab negara itu...

2 Remaja Bakar Tandas Hingga Rakan Maut Diarah Cuci Tandas Awam 100 Jam

KUALA SELANGOR: Dua remaja yang membakar tandas awam ketika seorang rakan mereka terperangkap di dalamnya dan kemudian maut dalam kejadian di sini pada Ogos tahun lalu, diperintah menjalani khidmat masyarakat mencuci tandas awam selama 100 jam.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pada prosiding di Mahkamah Majistret di sini hari ini, kedua-dua remaja lelaki berusia 16 tahun ketika kejadian itu juga diperintah berkelakuan baik dengan bon RM1,000 selama dua tahun, selain perlu melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali bagi tempoh sama.

Majistret Siti Hajar Ali turut memerintahkan mereka tidak boleh keluar rumah bersendirian bermula jam 8 malam hingga 6 pagi, kecuali ditemani ibu bapa masing-masing serta perlu hadir bengkel yang dikendalikan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Tedahulu, kedua-dua remaja itu mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda.


Mengikut fakta kes, mereka didakwa melakukan khianat dengan api dan menyebabkan kebinasaan kepada tandas awam gelanggang futsal, Jalan Cakera Purnama, Fasa 3 Bandar Puncak Alam, di sini, pada jam 2.47 petang, 28 Ogos tahun lalu.

Prosiding hari ini turut mendengar laporan akhlak kedua-dua tertuduh dikemukakan JKM, selain pernyataan dua orang awam, termasuk seorang guru.

Mangsa dalam kejadian berkenaan ditemukan rentung selepas kebakaran tandas itu dipadamkan pihak bomba.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori