• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

10,000 Kit Keperluan Asas Hadapi Banjir Di Selangor

oleh Mohd Arshad
04/10/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Diskaun PTPTN Tidak Diteruskan – Menteri
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM: Sebanyak 10,000 kit yang terdiri daripada barangan keperluan asas disediakan bagi membantu keluarga mangsa banjir sebagai langkah persediaan mendepani bencana itu ketika peralihan Monsun Timur Laut (MTL) sehingga Februari depan.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, jumlah kit tersebut mengambil kira bilangan keluarga yang terjejas pada bencana pada Disember 2021 dan risiko peningkatan mangsa sekiranya banjir berlaku di kawasan yang lebih luas.

“Ini berdasarkan pengalaman lepas, bersiap siaga untuk berdepan dengan jumlah mangsa banjir sekitar 5,000 orang dan saya arahkan supaya Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sediakan sekali ganda.

“Kita bimbang banjir berlaku seperti 2021 ada lebihan mangsa disebabkan kawasan besar (banjir). Sekarang bekalan bantuan ini diurus JKM dengan kerjasama Kerajaan Negeri,” katanya dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), hari ini.

Beliau menambah, keperluan lain terutama aset-aset untuk operasi banjir seperti bot juga berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan bila-bila masa selain pasukan Sukarelawan Selangor (Serve) sentiasa bersedia turun berkhidmat.

Pada 2021, Selangor merekodkan jumlah mangsa banjir kira-kira 30,000 orang melibatkan sekitar 7,000 keluarga yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) terutama.

Ketika itu, Klang, Hulu Langat dan Shah Alam khususnya di Seksyen 25 menjadi kawasan paling teruk terjejas apabila puluhan ribu rumah ditenggelami air selain ratusan ribu penduduk terutama yang tinggal di pangsapuri terperangkap dalam bencana itu.

Dalam pada itu, Amirudin turut mengumumkan tugas-tugas khas anggota MMKN dalam Jawatankuasa Pengurusan Bencana serta agensi-agensi Kerajaan Persekutuan dan negeri untuk mendepani bencana tersebut.

“Semua pihak berkuasa tempatan, dan jabatan lain yang berkaitan dipertanggungjawabkan untuk segera membersihkan kolam takungan, saliran, parit dan longkang terutamanya di kawasan berisiko tinggi banjir.

“Kerajaan negeri juga akan bekerjasama dengan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Selangor, Agensi Pengurusan Bencana Negara dan beberapa agensi lain termasuk Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur dan Tohuku University bagi mengurangkan risiko di peringkat lokaliti dengan melibatkan rakyat dan komuniti tempatan,” jelasnya.

UtusanOnline-

Tags: BanjirKit Keperluan Asasselangor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Anjur Glamping Ga*y Di Hulu Langat!

Jangan Anjur Glamping Ga*y Di Hulu Langat!

13/01/2026
0

SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bersama Sahibus Samahah Mufti Selangor menzahirkan pendirian tegas menentang sebarang bentuk penganjuran, sambutan...

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

28/12/2025
0

MELAKA: Bantuan kecemasan bencana banjir untuk mangsa di Sumatera Barat, Indonesia yang dikelolakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Skuad Bencana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd