• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tular Individu Berjalan Bersama Anjing Di Taman Rekreasi Awam

oleh Mohd Arshad
24/09/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Tular Individu Berjalan Bersama Anjing Di Taman Rekreasi Awam
Share on FacebookShare on Twitter

HULU TERENGGANU : Tular di media sosial video dan gambar seorang individu berjalan dengan seekor anjing di Taman Rekreasi Awam Kuala Berang dekat sini sehingga mengundang pelbagai reaksi.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Menerusi video berdurasi 21 saat itu dan gambar memaparkan gelagat haiwan berkenaan berjalan seolah-olah sedang menemani tuannya beraktiviti di kawasan riadah tersebut.

Mengulas mengenai perkara itu, Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Terengganu(MDHT), Lukema Meri Salleh @ Abdul Latif berkata pihaknya belum menerima sebarang aduan berhubung kejadian tersebut.

“Kita tidak dapat pastikan masa yang tepat kejadian itu berlaku kerana belum terima sebarang laporan. Sekiranya dibuat laporan terus ketika kejadian berlaku, boleh diambil tindakan segera.

“Dalam Undang-undang Kecil Taman (MDHT) Perkara 4 Bil (1) termaktub bahawa tiada seorang pun boleh membawa binatang milik dalam jagaannya dibawa masuk taman awam.

“Beberapa papan tanda berkaitan juga telah dipasang di kawasan rekreasi tersebut. Orang ramai ditegah daripada membawa haiwan peliharaan terutama anjing ke taman-taman awam kerana perbuatan itu dikhuatiri boleh mencemar serta mengganggu pengunjung lain,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Tambah beliau, MDHT memohon supaya pengunjung yang datang ke Taman Rekreasi Awam Kuala Berang tidak membawa haiwan peliharaan merayau atau bermain di dalam taman tersebut.

-Utusan Online

Tags: anjingTaman Rekreasi AwamTular
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ketua UMNO Bentong Nafi Taja Calon Bebas

Next Post

Remaja Hilang Ditarik Ombak Selepas Selamatkan Lelaki Lemas

Related Posts

Berita Tular Bayi Kembar Diculik ‘Doktor’ Tidak Benar – JKNP

Berita Tular Bayi Kembar Diculik ‘Doktor’ Tidak Benar – JKNP

12/04/2025
3

KUANTAN – Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) menafikan dakwaan tular berhubung sepasang bayi kembar yang kononnya dirawat selama sembilan bulan...

Wanita Warga Emas Maut Diserang Lebih 10 Anjing Di Kunak

Wanita Warga Emas Maut Diserang Lebih 10 Anjing Di Kunak

28/01/2025
0

KUNAK: Seorang wanita warga emas maut selepas cedera diserang sekumpulan anjing liar berhampiran terminal bas di sini, Sabtu lalu. IKUTI...

Next Post
Remaja Hilang Ditarik Ombak Selepas Selamatkan Lelaki Lemas

Remaja Hilang Ditarik Ombak Selepas Selamatkan Lelaki Lemas

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd