Wednesday, December 6, 2023

Creating liberating content

Trump Umum Batal Jumpa...

MUKTAMAD... Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump membatalkan sidang puncak yang dirancang antara...

9 Ditemui Maut, Termasuk...

EDMONTON (Alberta) - Sembilan orang, termasuk tujuh dewasa dan dua kanak-kanak ditemui mati...

Bagaimana Gen Y Berpendapatan...

Mungkin beberapa tahun lagi kita boleh bertemu perkara ini di Malaysia. Pejabat tidak lagi diperlukan. Istilah kerja masuk jam 8 pagi tidak ada lagi.

Penjual Burger Dipenjara 5...

KUALA LUMPUR - Akibat merompak wang tunai RM16, telefon bimbit dan pelbagai mata...

Remaja Hilang Ditarik Ombak Selepas Selamatkan Lelaki Lemas

Lumut : Seorang remaja hilang dikhuatiri ketika menyelamatkan seorang pengunjung yang hampir lemas ketika mandi di Pantai Teluk Senangin di sini, hari ini.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Muhammad Fahmi Hafizi Mohd Fadzli, 19, dilaporkan hilang akibat ditarik ombak selepas berjaya menyelamatkan seorang pengunjung lelaki.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) Perak dalam kenyataan, pegawai dan empat anggota bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan jam 10.02 pagi.

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang dijalankan dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), polis serta bantuan empat bot nelayan.


“Mangsa masih belum dijumpai dan Ops Carilamat tergendala atas faktor cuaca dan keadaan ombak.

“Bagaimanapun, komuniti nelayan sedang meneruskan pencarian dengan teknik lintang pukat,” katanya.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori