• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiga Individu Dipercayai Sebuah Keluarga Maut Kemalangan

oleh Mohd Arshad
15/09/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Tiga Individu Dipercayai Sebuah Keluarga Maut Kemalangan
Share on FacebookShare on Twitter

KEMAMAN : Tiga individu dipercayai sebuah keluarga, maut selepas kenderaan yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Kilometer 154, Jalan Jerangau-Jabor dekat persimpangan Cheneh-Mak Lagam, dekat sini, petang tadi.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang, ke nderaan jenis Naza Citra yang dinaiki lima individu tersebut dirempuh dengan sebuah lori.

“Seorang lelaki dewasa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan manakala dua lagi mangsa meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kemaman.

“Kita sedang mengenal pasti kesemua identiti dan pertalian antara mangsa,” katanya ketika dihubungi, di sini, petang ini.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cheneh, Penolong Penguasa Bomba Mohd. Hafiezul Mohamad berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira 45 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduk penumpang hadapan.

“Lapan anggota bomba dikejarkan ke lokasi dan kita menggunakan alat khas untuk memotong besi kenderaan.

“Difahamkan, terdapat lima orang mangsa di dalam kenderaan tersebut dan ketika tiba, penumpang lain telah dibawa ke hospital, hanya seorang mangsa yang tersepit” katanya.

-Utusan Online

Tags: kemalangan maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd