• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Kelulusan Khas Program RTK 2.0 Untuk PATI Mula Tahun Ini

oleh AK-47
06/09/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Tiada Kelulusan Khas Program RTK 2.0 Untuk PATI Mula Tahun Ini
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA : Mana-mana pendatang asing tanpa izin (PATI) bermula 1 Januari tahun ini tidak lagi dibenarkan memohon Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK 2.0).

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, pihaknya menafikan mengeluarkan kelulusan khas bagi pemohon program berkenaan selepas tarikh 31 Disember 2022 seperti didakwa dalam rakaman suara yang tular melalui aplikasi WhatsApp.

Jelasnya, rakaman suara yang tular ini mendakwa terdapat kelulusan khas akan diberikan hanya kepada 5,000 pemohon yang memasuki negara ini pada tahun 2023.

“Jabatan ini sekali lagi menafikan sekeras-kerasnya dakwaan ini dan memohon supaya orang ramai tidak terpedaya dengan taktik penipuan ejen atau orang tengah seumpama ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ruslin menegaskan, pihaknya tidak akan melaksanakan kelulusan khas itu kerana ia melanggar dasar yang ditetapkan kerajaan semasa pelancaran program RTK 2.0 pada 27 Januari lalu.

Jelasnya, dasar tersebut adalah jelas bahawa hanya warga asing yang menjadi PATI di negara ini sehingga 31 Disember 2022 sahaja layak dan akan dipertimbangkan kelulusan RTK 2.0.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh menimbulkan kekeliruan dan keresahan dalam kalangan masyarakat.

“Sila layari portal rasmi dan akaun media sosial rasmi JIM untuk mendapatkan maklumat tepat serta terkini berkaitan Jabatan ini.

-Utusan Online

Tags: Kelulusan KhasPatiProgram RTK 2.0
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat dan Perumahan (REACH) memuji Jabatan Imigresen melaksanakan operasi besar-besaran terhadap...

Upah Tinggi Faktor Rakyat Tempatan Sanggup Jadi Tali Barut Bawa Masuk Pendatang

Upah Tinggi Faktor Rakyat Tempatan Sanggup Jadi Tali Barut Bawa Masuk Pendatang

16/02/2025
0

KOTA BHARU: Ganjaran lumayan menyebabkan segelintir rakyat tempatan sanggup menjadi tali barut kepada sindiket penyeludupan pendatang tanpa izin dengan bertindak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd