Thursday, September 28, 2023

Creating liberating content

5 Kru Terdampar Di...

LAHAD DATU - Polis tidak menolak kemungkinan lima kru yang hilang selepas sebuah...

Wanita Jadi Bahan Lawak...

SEORANG wanita dijadikan bahan lawak netizen menerusi sekeping gambarnya yang digunakan untuk tujuan...

Pemilik Syarikat Pengurusan Acara...

JOHOR BAHRU: Seorang pemilik syarikat pengurusan acara mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret,...

Nikmat Sambut Aidilfitri Berakhir...

SEREMBAN - Seorang warga emas yang tinggal sendirian di sebuah pondok usang di...

Rogol Berkumpulan: Seorang Sudah Ditahan, Tiga Masih Diburu

Kuala Lumpur : Seorang daripada empat rakan abang ipar mangsa rogol berkumpulan yang diburu polis sudah ditahan semalam.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, tiga lagi rakan mereka masih dikesan.

“Suspek berusia 32 tahun direman bermula hari ini hingga 14 September ini bagi membantu siasatan

“Sementara, abang iparnya sudah dituduh di mahkamah mengikut Seksyen 107 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 375B kanun sama,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu Harian Metro melaporkan seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan bersubahat dengan rakan lain yang masih bebas untuk merogol adik iparnya secara bergilir-gilir di sebuah rumah, bulan lalu.


Bagaimanapun, tertuduh yang berusia 29 tahun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Izralizam Sanusi.

Pada 30 Ogos lalu, media melaporkan mangsa berusia 27 tahun itu tersedar daripada tidur apabila tangannya diikat dan mulutnya dilekatkan dengan pita pelekat oleh suspek pada 3.30 pagi.

Mangsa kemudiannya dirogol bergilir-gilir rakan abang iparnya yang turut merakam perbuatan mereka.

-Harian Metro

Kategori

Leave a Reply