Monday, October 2, 2023

Creating liberating content

‘Malaysia Bersih’, Tapi Bersihkah...

KUALA LUMPUR - Sudah lebih enam dekad rakyat Malaysia melaungkan kata azimat “Merdeka!...

Langgar Lampu Merah Saman...

KLANG - Sebanyak 1,129 saman dikeluarkan oleh polis Selangor hari ini dalam Operasi...

Kes FIC: Bekas Bos...

PUTRAJAYA - Bekas pegawai khas mantan Pengerusi Felda, Muhammad Zahid Md. Arip direman...

Kerajaan Tiada Hasrat Sekat...

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak berhasrat untuk menyekat penggunaan aplikasi Telegram di Malaysia...

RMK12: Tiada Pihak Dipinggirkan, Kata Zahid

Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan mempunyai dua tahun setengah bagi memastikan pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) benar-benar memberi kesan kepada rakyat.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Jelasnya pelaksanaan RMK12 adalah menyeluruh tanpa meminggirkan mana-mana rakyat.

Katanya, RMK12 bukan saja turut memberi tumpuan kepada kawasan luar bandar, namun turut tidak meminggirkan Sabah dan Sarawak.

“Semuanya akan terkait dalam soal pelaksanaan dan tentutnya pelaksanaan memerlukan kecekapan dan pencapaian perkhidmatan awam.

“Kita punya tempoh dua tahun setengah untuk keberkesanan (pelaksanaan RMK12) ini dirasai kepada rakyat, bukan saja keberkesanan secara fizikal tapi juga spiritual, batin.

“Banyak bajet dikeluarkan selepas (negara) merdeka. Ramai dapat kebahagian fizikal, tapi kurang kebahagiaan spiritual,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen.

Ahmad Zahid mengulas pembentangan Kajian Separuh Penggal oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat hari ini.


Ia merupakan pembentangan pertama selepas Kerajaan Perpaduan menerajui negara.

Mengulas lanjut Ahmad Zahid berkata, dia meneliti setiap laporan yang dikemukakan perdana menteri dan memperlihatkan tujuan setiap sektor.

“Tak ada satu kumpulan sasar tertinggal untuk disantuni (melalui) peruntukan-peruntukan yang disasarkan,” katanya lagi.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata Sabah dan Sarawak juga turut diberi perhatian kerajaan dalam hal ini dan tidak hanya terhad kepada Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Saya juga melihat bahawa terdapat pertambahan peruntukan untuk pinggir dan luar bandar, dan tak lupas juga Sabah, Sarawak.

“Tumpuan diberikan kepada mereka tidak hanya pada MA63, dalam hal ini pertimbangan di kawasan telah maju dan kurang maju (perlu) diimbangi segera,” katanya

-Malaysia Kini

Kategori

Leave a Reply