Saturday, June 22, 2024

Creating liberating content

Covid-19: Kluster Sungai Babitkan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa satu kluster baharu iaitu...

Pandang Serius Masalah Kemudahan...

SEMPORNA - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Jaujan Sambakong memandang serius permasalahan kemudahan...

6 Jahanam Berparang ‘Serbu’...

AMPANG - Sekumpulan pelanggan berdepan detik cemas apabila 'diserbu' sekumpulan penjenayah ketika menikmati...

Mekanisme Bantuan Modal Mula...

KUALA LUMPUR - Kerajaan merancang untuk menyediakan bantuan modal memulakan semula perniagaan kepada...

Polis KK Siasat Kes Pelancong Jumpa Kamera Tersembunyi Di Bilik

KOTA KINABALU : Polis mengesahkan menerima laporan daripada sepasang warga China berkenaan penemuan kamera kecil tersembunyi di dalam bilik sebuah penginapan di bandar raya ini, yang kini tular di media sosial.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata laporan polis itu dibuat pengadu jam 5.27 petang, 7 September lalu.

“Polis Kota Kinabalu menerima dan meneliti satu paparan yang ditularkan melalui media sosial berkaitan kes sepasang warga China yang menemui kamera kecil tersembunyi yang dipasang di dalam soket di bilik sebuah penginapan di bandar raya ini.

“Susulan itu, satu kertas siasatan dibuka dan menjalankan siasatan mengikuti Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana perbuatan mengaibkan,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial apabila satu pasangan dari China yang menginap di sebuah penginapan di bandar raya ini terkejut selepas menemui kamera kecil tersembunyi di dalam soket penginapan berkenaan.


Mohd Zaidi berkata siasatan awal di tempat kejadian sudah dijalankan dan rampasan ke atas barang kes dibuat.

“Usaha untuk mengesan suspek sedang dijalankan,” katanya.

Mohd Zaidi menafikan meminta pengadu memadam paparan yang dibuat di platform media sosial.

Beliau juga meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini untuk menyalurkannya kepada Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, Deputi Superintenden Khairul Shah Peri di talian 011-26691994.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori