• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyelidik USM Temukan Arca Buddha, Prasasti Di Bukit Choras

oleh Mohd Arshad
22/09/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Penyelidik USM Temukan Arca Buddha, Prasasti Di Bukit Choras
Share on FacebookShare on Twitter

YAN: Kumpulan penyelidik dari Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (PPAG), Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang berjaya menemukan dua buah arca Buddha hampir lengkap dan prasasti (tulisan kuno atas batu) di Tapak Arkeologi Bukit Choras, di sini, baru-baru ini.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Penyelidikan ekskavasi arkeologi ini ditemukan kumpulan penyelidik yang diketuai oleh Pensyarah Kanan PPAG USM, Dr. Nasha Rodziadi Khaw semasa menjalankan kerja-kerja penyelidikan di tapak arkeologi tersebut.

Pesuruhjaya Warisan, Mohd Azmi Mohd Yusof berkata penyelidikan ekskavasi ini merupakan projek rintis dalam bidang penyelidikan dan pendidikan susulan daripada memorandum persefahaman (MoU) antara Jabatan Warisan Negara (JWN) dengan universiti awam yang ditandatangani pada bulan Mac lalu.

Mohd Azmi berkata, tapak tersebut diwartakan sebagai tapak warisan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 pada 28 Disember 2016.

Menurutnya, tarikh awal yang dicadangkan bagi tapak arkeologi tersebut adalah sekitar abad ke-8 hingga ke-9 Masihi iaitu sezaman dengan kebanyakan tapak candi lain di Lembah Bujang dan perkembangan zaman Srivijaya.

“Penyelidikan fasa satu yang dilakukan pada 28 Ogos hingga 12 September lalu mendedahkan separuh daripada struktur keseluruhan candi utama.

“Sehingga 8 September lalu, ekskavasi ini berjaya mendedahkan struktur binaan candi yang jauh lebih besar dan lengkap dengan memperlihatkan separuh daripada bahagian dinding utara dan selatan serta keseluruhan dinding barat candi.

“Manakala bagi bahagian kaki candi memperlihatkan susunan bertangga serta memiliki orientasi yang bertepatan dengan arah mata angin,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Tapak Candi Bukit Choras, Yan, di sini, hari ini.

Katanya, selain itu, dua arca turut ditemui di dinding selatan dan barat candi ini.

“Walaupun berada dalam keadaan yang haus dan pecah, arca tersebut masih boleh dikenalpasti dan berada dalam keadaan asal (in situ).

“Kita juga menemukan prasasti beraksara Pallava serta serpihan-serpihan tembikar tanah,”katanya.

Jelasnya, semua arca dan artifak yang dijumpai akan dibawa ke makmal PPAG, USM untuk kerja-kerja pembersihan, konservasi dan penyelidikan lanjut.

“Fasa kedua penyelidikan ini bakal dijalankan pada bulan Disember ini yang melibatkan ekskavasi terhadap separuh lagi struktur binaan utama tersebut.

Tambahnya, Kementerian Pelancongan, Seni, Budaya melalui JWN dengan kerjasama kerajaan negeri selaku pemilik tapak akan memastikan penemuan ini dijadikan rujukan serta dikongsikan kepada orang ramai sebagai bukti pencapaian peradaban dan teknologi masyarakat Kedah Tua.

“Tapak ini berpontensi untuk dijadikan sebagai produk pelancongan domestik iaitu tapak arkeopelancongan di daerah Yan yang seterusnya dapat memberi pelbagai kesan limpahan kepada komuniti setempat,”ujarnya.

UtusanOnline-

Tags: Arca BuddhaBukit ChorasUSM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Hampir 2 Bilion Panggilan, 581 Juta SMS Mencurigakan Berjaya Disekat

Next Post

Patung Merlion Ditutup Kepada Orang Awam, Jalani Kerja Pembaikan Sehingga Disember

Related Posts

Penuntut USM Maut Jatuh Tingkat Lapan

26/04/2022
0

GEORGETOWN : Seorang penuntut Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia (USM) ditemukan maut dipercayai terjatuh dari tingkat lapan Desa...

Lee Chong Wei Terima Anugerah Ijazah Kehormat USM

02/12/2021
0

ARAU: Tokoh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menerima Ijazah Kehormat Doktor Sains Sukan daripada Universiti Sains Malaysia (USM) sempena...

Next Post
Penyelidik USM Temukan Arca Buddha, Prasasti Di Bukit Choras

Patung Merlion Ditutup Kepada Orang Awam, Jalani Kerja Pembaikan Sehingga Disember

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd