Wednesday, December 6, 2023

Creating liberating content

Gempar.. Jupe Muncul Dalam...

SABTU lalu industri hiburan Indonesia dikejutkan dengan kematian pelakon dan penyanyi dangdut Julia...

Pesawat American Airlines Dikosongkan,...

LONDON - Penumpang pesawat American Airlines terpaksa dikeluarkan menggunakan gelongsor kecemasan selepas asap...

Hormati Sensitiviti Rakyat Dalam...

KUALA LUMPUR - Malaysia mempunyai dasar yang jelas dalam hubungan diplomatik dengan Israel...

Batu Sumpah Bakal Diwarta...

KENINGAU - Batu Sumpah akan diwartakan sebagai Tapak Warisan Negara berdasarkan kepentingannya ke...

Patung Merlion Ditutup Kepada Orang Awam, Jalani Kerja Pembaikan Sehingga Disember

SINGAPURA: Arca Merlion yang ikonik di Taman Merlion akan menjalani kerja-kerja pembaikan dari Isnin (25 Sep) hingga 13 Disember ini.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Lembaga Pelancongan Singapura (STB), menyatakan, sepanjang tempoh itu, arca Merlion tidak dibuka kepada orang ramai.

Dalam pada itu, orang ramai boleh bergambar dengan arca ‘anak’ Merlion di Taman Merlion tersebut.

STB juga memohon kerjasama dan pemahaman orang ramai berhubung hadangan dan kerja-kerja yang dijalankan boleh menyebabkan sedikit gangguan semasa tempoh tersebut.

Kerja-kerja penyenggaraan ke atas arca Merlion sebelum ini dijalankan dari 27 hingga 28 Julai lalu.


Arca yang dihasilkan oleh tukang batu tempatan, Lim Nang Seng itu menyambut ulang tahunnya yang ke-50, tahun lalu.

Ia dirasmikan pada 15 September 1972 oleh mendiang Encik Lee Kuan Yew, yang juga Perdana Menteri pada waktu itu, di muara Sungai Singapura.

Merlion kemudian dipindahkan ke kawasan Merlion Park pada 2002, di hadapan Hotel Fullerton, dengan pemandangan Marina Bay, selepas pembinaan Esplanade Bridge pada 1997.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori