• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembinaan LCS Bermula Akhir Bulan Ini

oleh Mohd Arshad
18/09/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Pembinaan LCS Bermula Akhir Bulan Ini
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Aktiviti fizikal pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS) akan dimulakan pada minggu depan, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Beliau berkata, ketika ini Kementerian Pertahanan akan memberi tumpuan sepenuhnya bagi memastikan projek LCS dapat disiapkan mengikut jadual berdasarkan kontrak tambahan keenam yang ditandatangani pada 26 Mei lalu.

Katanya, selepas terhenti sejak akhir tahun 2019, rancangan pembinaan LCS dimulakan semula mulai 26 Mei 2023.

“Untuk fasa pertama ini, tumpuan adalah kepada pemindahan pemilikan saham Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNSSB) kepada syarikat milikan Menteri Kewangan Diperbadankan dan rundingan penyambungan tempoh kontrak BNSSB dengan pihak pengeluar peralatan tulen (OEM) dan vendor.

“Share Sale Agreement antara Ocean Sunshine Berhad yang juga syarikat milikan penuh Menteri Kewangan Diperbadankan dengan tiga pemegang saham BNSSB iaitu Boustead Holdings Berhad (69 peratus), Perstim Industries Berhad (21 peratus ) dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (10 peratus) ditandatangani pada 18 Ogos lalu,” katanya ketika menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi kementeriannya di Dewan Rakyat, hari ini.

Mohamad berkata, kerajaan turut meluluskan peningkatan kos projek LCS daripada RM9.1 bilion kepada RM11.2 bilion iaitu peningkatan RM2.1 bilion.

Katanya, peningkatan itu disebabkan perubahan spesifikasi bagi sistem utama iaitu Surface-to-Surface Missile (SSM), Decoy Launching System (DLS) dan Integrated Platform Management System (IPMS).

“Meskipun bilangan dikurangkan kepada lima kapal, peningkatan kos ini tidak dapat dielakkan atau dikurangkan kerana ia adalah kos berbentuk non-recurring bagi pembinaan keseluruhan kapal,” katanya.

Beliau berkata, rundingan dengan pembekal peralatan iaitu OEM dan vendor, sebanyak 57 kontrak yang dikategorikan dalam critical path dirunding dan mencapai persetujuan.

Katanya, berhubung penyiapan rekaan terperinci, sehingga kini 94 peratus sudah disiapkan, manakala baki enam peratus rekaan terperinci sedang disiapkan oleh BNSSB, membabitkan zon tidak kritikal iaitu zon kapal atas permukaan air.

“Rundingan dengan Pihak Berkuasa Rekaan iaitu Naval Group France bagi kontrak rekaan terperinci dan Naval Group Malaysia bagi kontrak bantuan dan sokongan teknikal juga dimuktamadkan,” katanya.

Mohamad berkata, berkaitan alternatif supaya kapal LCS 2 dan LCS 3 disiapkan Naval Group Perancis, perkara itu pernah dibentangkan kepada Jemaah Menteri sebelum ini, namun tidak dapat dipertimbangkan.

“Cadangan itu membabitkan kos lebih tinggi kepada kerajaan disebabkan tempoh masa yang perlu diambil bagi rundingan semula dengan kontraktor utama yang baharu (Naval Group) serta keperluan menanggung kos bagi peralatan yang dibeli dan diterima kontraktor semasa.

“Kementerian komited dan akan memastikan projek ini diteruskan mengikut kontrak dimeterai,” katanya.

-Berita Harian

Tags: LCSPembinaan LCS
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jong-un Terima Hadiah ‘Istimewa’ Dari Russia

Next Post

Menteri: LTAT Jual Boustead Plantation Bagi Tangani Isu Kecairan Aset

Related Posts

Tan Sri Dapat DNAA, Keadaan Mental Tak Sesuai Dibicarakan

Tan Sri Dapat DNAA, Keadaan Mental Tak Sesuai Dibicarakan

12/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen hari ini, melepas tanpa membebaskan (DNAA) bekas Pengarah Urusan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) Tan...

Isu LCS, SPRM Sudah Dakwa Bekas Panglima TLDM, Siasatan Diteruskan

Isu LCS, SPRM Sudah Dakwa Bekas Panglima TLDM, Siasatan Diteruskan

30/05/2023
0

KUALA LUMPUR: Dakwaan pelbagai pihak kononnya tiada tindakan diambil terhadap individu yang bertanggungjawab dalam skandal membabitkan kapal tempur pesisir (LCS)...

Next Post
Menteri: LTAT Jual Boustead Plantation Bagi Tangani Isu Kecairan Aset

Menteri: LTAT Jual Boustead Plantation Bagi Tangani Isu Kecairan Aset

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd