• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Malu Apa Ketua Pembangkangku’

oleh AK-47
21/09/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
‘Malu Apa Ketua Pembangkangku’
Share on FacebookShare on Twitter

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Mohd Puad Zarkashi kasihan dengan gelagat ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) di Dewan Rakyat beberapa hari lalu yang “terjerit-jerit” meminta peruntukan daripada kerajaan.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Katanya, mereka seharusnya mempersoalkan mengenai peruntukan mereka kepada Ketua Pembangkang, Hamzah Zainudin yang didakwa menolak sebarang rundingan berkaitan hal itu.

“Kesian tengok gelagat Ahli Parlimen PN. Merengek dan terjerit jerit minta PMX bagi peruntukan khas kepada ahli parlimen pembangkang.

“Terdedah pekung di dada kerana duit peruntukan mahu digunakan untuk melawat orang mati dan menghadiri majlis perkahwinan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Anwar pada sesi ucapan penggulungan kajian separuh penggal Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) mengingatkan pembangkang supaya tidak angkuh dan sombong untuk mendapatkan peruntukan daripada kerajaan.

Namun, katanya, mereka perlu berunding dengan kerajaan sebagaimana dilakukan ketika kerajaan di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob sekiranya mahukan dana seperti dibangkitkan.

“PMX (Perdana Menteri, Anwar Ibrahim) setuju bagi peruntukan setelah berunding dengan Hamzah selaku ketua pembangkang.

“Tetapi Hamzah menolak untuk berunding,” kata Puad sambil menambah Hamzah semasa menjadi menteri tidak membantah ketika Ismail Sabri berunding dengan Anwar.

Anwar sebelum ini juga memaklumkan bahawa Timbalan Perdana Menteri, Fadillah Yusof turut ditugaskan untuk berunding dengan wakil pembangkang berhubung isu pengagihan peruntukan berkenaan.

Selain itu, tiga ahli Parlimen PN juga dilantik untuk mengadakan rundingan mengenai jumlah peruntukan yang bakal diterima wakil rakyat pembangkang.

Mengulas lanjut, Puad bagaimanapun, berkata dana berkenaan tidak seharusnya diberikan terus atau dimasukkan ke akaun pusat khidmat ahli parlimen pembangkang.

“Takut ada yang guna, ‘Wallahi saya undi PAS.

“Ahli Parlimen PN patut tanya Hamzah kenapa tolak perundingan. Yang penting dapat peruntukan.

“Malu apa Ketua Pembangkangku,” sindirnya.

-Malaysia Kini

Tags: Parlimen
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tugas UMNO Pastikan Persempadanan Semula Sasar Tambah Wakil Melayu Di Parlimen

Tugas UMNO Pastikan Persempadanan Semula Sasar Tambah Wakil Melayu Di Parlimen

17/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Jurucakap Pulau Pinang, Datuk Mohd Noor Ahmad mahu UMNO meneliti secara mendalam usaha persempadanan semula kawasan pilihan raya,...

Pertelingkahan Mamba, Mambang Buat Johari ‘Sesak Nafas’

Pertelingkahan Mamba, Mambang Buat Johari ‘Sesak Nafas’

06/08/2025
0

KUALA LUMPUR - Kekecohan yang berlaku akibat pertelingkahan di Dewan Rakyat membabitkan beberapa ahli Parlimen menyebabkan Speaker Dewan Rakyat, Tan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd