Monday, October 2, 2023

Creating liberating content

Giggs Ucap Selamat Tinggal...

MANCHESTER - Ryan Giggs akan meninggalkan Manchester United untuk mencari peluang baharu dalam...

Lim Mahu Jumpa Fadillah...

GEORGETOWN - Ketua Menteri, Lim Guan Eng berharap dapat mengadakan pertemuan empat mata...

Muafakat Nasional Kembalikan Kuasa...

KUALA LUMPUR - Penyatuan Ummah yang terjalin dengan Piagam Muafakat Nasional antara UMNO...

Aminuddin Nafi Kakitangan Tabika...

SEREMBAN - Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun menafikan dakwaan kononnya kakitangan Tabika...

LPT1 Pula Berlaku Tanah Mendap

TEMERLOH: Pengguna di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) di sini dikejutkan dengan kejadian mendapan tanah sehingga berlaku rekahan jalan di kilometer 118.2 sehingga kilometer 117.8 arah barat menghala ke Kuala Lumpur.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Kejadian mendapan sepanjang kira-kira 400 meter tersebut menyaksikan banyak berlaku lubang rekahan di kawasan tanah bersebelahan laluan.

Seorang pengguna Riduan Abdul Rahman, 37, berkata, dia yang kebetulan lalu di situ dari Temerloh terkejut dengan kejadian dan bimbang rekahan akan bertambah teruk.

“Memang saya takut lalu di situ kerana bimbang ia boleh menjadi lubang yang besar seperti mana kejadian di Lebuhraya Kuala Lumpur Karak (KLK) baru-baru ini yang dikatakan berlaku di atas terowong projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang dalam pembinaan.

“Saya harap ia akan dapat dibaiki segera dan kejadian tidak berlaku lagi yang boleh membahayakan pengguna jalan raya serta menyebabkan kesesakan lalu lintas,” katanya.

KESAN rekahan akibat mendapan tanah yang berlaku di kilometer 118.2 sehingga kilometer 117.8 LPT1.
Sementara itu, menurut kenyataan LPT1, susulan kejadian pihaknya menutup lorong kiri dan kecemasan di kawasan terbabit.

Kata kenyataan itu, trafik berjalan lancar di sepanjang laluan kedua-dua arah lebuh raya berkenaan.

UtusanOnline-

Kategori

Leave a Reply