• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

LPT1 Pula Berlaku Tanah Mendap

oleh Mohd Arshad
10/09/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
LPT1 Pula Berlaku Tanah Mendap
Share on FacebookShare on Twitter

TEMERLOH: Pengguna di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) di sini dikejutkan dengan kejadian mendapan tanah sehingga berlaku rekahan jalan di kilometer 118.2 sehingga kilometer 117.8 arah barat menghala ke Kuala Lumpur.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Kejadian mendapan sepanjang kira-kira 400 meter tersebut menyaksikan banyak berlaku lubang rekahan di kawasan tanah bersebelahan laluan.

Seorang pengguna Riduan Abdul Rahman, 37, berkata, dia yang kebetulan lalu di situ dari Temerloh terkejut dengan kejadian dan bimbang rekahan akan bertambah teruk.

“Memang saya takut lalu di situ kerana bimbang ia boleh menjadi lubang yang besar seperti mana kejadian di Lebuhraya Kuala Lumpur Karak (KLK) baru-baru ini yang dikatakan berlaku di atas terowong projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang dalam pembinaan.

“Saya harap ia akan dapat dibaiki segera dan kejadian tidak berlaku lagi yang boleh membahayakan pengguna jalan raya serta menyebabkan kesesakan lalu lintas,” katanya.

KESAN rekahan akibat mendapan tanah yang berlaku di kilometer 118.2 sehingga kilometer 117.8 LPT1.
Sementara itu, menurut kenyataan LPT1, susulan kejadian pihaknya menutup lorong kiri dan kecemasan di kawasan terbabit.

Kata kenyataan itu, trafik berjalan lancar di sepanjang laluan kedua-dua arah lebuh raya berkenaan.

UtusanOnline-

Tags: LPT1mendapan tanah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

New York Umum Tahun Baharu Cina 2024 Sebagai Cuti Sekolah

Next Post

Akta Semakan Hukuman Mati, Pemenjaraan Sepanjang Hayat 2023 Berkuat Kuasa Esok

Related Posts

‘Saya Sendiri Hadir Tapi Pejabat Menteri Kosong’ – Chegu Bard

Empat ‘Superman’ LPT1 Didakwa Di Mahkamah

29/12/2023
0

TEMERLOH: Empat penunggang motosikal termasuk remaja berusia 15 tahun didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas kesalahan menunggang...

Mendapan Tanah Akibat Runtuhan Terowong ECRL – Menteri

Mendapan Tanah Akibat Runtuhan Terowong ECRL – Menteri

26/07/2023
0

KUALA SELANGOR : Kejadian mendapan tanah yang berlaku di Kilometer 66.1 berhampiran Plaza Tol Bentong Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak...

Next Post
Akta Semakan Hukuman Mati, Pemenjaraan Sepanjang Hayat 2023 Berkuat Kuasa Esok

Akta Semakan Hukuman Mati, Pemenjaraan Sepanjang Hayat 2023 Berkuat Kuasa Esok

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd