• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Rogol Kawan Untuk ‘Halau Hantu’

oleh Mohd Arshad
07/09/2023
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Lelaki Rogol Kawan Untuk ‘Halau Hantu’
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA : Seorang lelaki memperdaya dapat membantu rakan wanitanya menghalau hantu yang mengekori wanita itu dengan meyakinkannya dia adalah pawang di sebuah kuil, dipenjara hampir 19 tahun.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Ini kerana suspek, yang cintanya pernah ditolak mangsa, merogol wanita itu dengan muslihat cuba memulihkannya selain cuba menghamilkan mangsa supaya mangsa terpaksa tinggal bersamanya.

Selama beberapa hari pada 2019, atas alasan melakukan ‘upacara penyucian’, lelaki itu mengambil kesempatan terhadap mangsa yang berusia 22 tahun secara seksual bermula daripada mencabul hingga merogolnya.

Bagaimanapun, perbuatan suspek itu akhirnya terbongkar dan lelaki itu, yang kini berusia 23 tahun, dijatuhi hukuman penjara 18 tahun, 11 bulan dan tiga minggu, serta 16 sebatan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi atas dua pertuduhan merogol dan satu pertuduhan serangan seksual.

Empat pertuduhan lain turut diambil kira, dengan semua kesalahan itu berlaku antara 22 Julai dan 27 Julai 2019.

Pesalah tidak boleh dinamakan atas perintah mahkamah untuk melindungi identiti mangsa, yang kini berusia 25 tahun.

Timbalan Pendakwa Raya, Emily Koh, memberitahu mahkamah lelaki dan wanita itu mula mengenali antara satu sama lain di sekolah menengah.

Mangsa memanggil lelaki itu sebagai ‘kor’, bermaksud abang, walaupun lelaki itu lebih muda daripadanya.

Pada pertengahan 2019, lelaki itu menghubungi mangsa di Facebook, dan mereka saling berhubung semula sebagai kawan.

Lelaki itu juga menghantar mangsa pergi dan balik dari tempat kerja selain makan malam bersama dengan rakan lain.

Selepas itu, lelaki tersebut meluahkan perasaan terhadap mangsa dan mangsa memaklumkan masih berminat dengan bekas teman lelakinya.

Sejurus sebelum kejadian, lelaki itu memberitahu mangsa dia telah membantu di sebuah kuil dan adalah seorang pawang.

Pada 21 Julai 2019, semasa mereka berada di rumah mangsa, lelaki itu memberitahu mangsa ada roh yang mengikutinya dan kakaknya, serta terdapat hantu di dalam rumah itu.

Dia memberi jaminan boleh melakukan upacara penyucian untuk menghilangkan hantu, supaya tiada bahaya menimpa kedua wanita itu.

Untuk meneruskan muslihat itu, dia memberi mangsa beberapa azimat dan tangkal.

Semasa upacara dijalankan, lelaki itu melaungkan doa dan melukis tanda azimat pada badan mangsa dengan jarinya.

Mangsa berpakaian lengkap pada beberapa kali pertama upacara itu dilakukan.

Lelaki itu memberitahu mangsa dia perlu menanggalkan semua pakaiannya, dan menipunya sehingga mempercayai hubungan seksual adalah sebahagian daripada upacara.

Semasa satu upacara yang dilakukan pada 25 Julai 2019, dia meyakinkan mangsa seks diperlukan bagi melengkapkan upacara itu.

Pendakwa raya berkata pelaku memberitahu mangsa seks perlu untuk upacara penyucian kerana beliau tahu mangsa tidak akan bersetuju untuk melakukan hubungan seks dengannya jika sebaliknya.

Selepas kejadian rogol kali kedua pada 27 Julai 2019, wanita itu dinasihatkan oleh rakan-rakannya untuk membuat laporan polis selepas mangsa memberitahu mereka apa yang telah dilakukan terhadapnya.

Mangsa membuat laporan polis dua hari selepas kejadian.

Pada Khamis, Timbalan Pendakwa Raya, Sruthi Boppana, memohon penjara 17 hingga 23 tahun dan 16 sebatan.

Boppana berhujah terdapat unsur perancangan dalam kes itu dan diburukkan lagi dengan tahap penipuan yang terbabit.

Beliau menambah, mangsa, yang dinilai pada 2020 sebagai individu lembam, tidak menyedari dirinya diperdaya dan terpengaruh dengan penipuan oleh lelaki itu.

-Berita Harian

Tags: Halau Hanturogol
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

MoU Isu Tanpa Kewarganegaraan Di Sabah Diperbaharui 5 Tahun – Suhakam

Next Post

Teruskan Istiqamah Bersama PH, Jangan Tersilap Pilih Esok – Ahmad Zahid

Related Posts

Penebar Roti Canai Rogol OKU Dijel 15 Tahun, 8 Sebatan

Penebar Roti Canai Rogol OKU Dijel 15 Tahun, 8 Sebatan

22/01/2025
0

Muar : "Banyak benda saya kena tanggung di luar sana, saya merayu sangat mahkamah ringankan hukuman terhadap saya." IKUTI CHANNEL...

Wanita Selamat Daripada Dirogol Di Tandas Awam Selepas Cakar, Gigit Penjenayah

Wanita Selamat Daripada Dirogol Di Tandas Awam Selepas Cakar, Gigit Penjenayah

18/12/2024
0

Kluang : Seorang wanita berusia 24 tahun terselamat daripada dirogol di sebuah tandas awam di Laman Kampung Melayu, di sini,...

Next Post
Teruskan Istiqamah Bersama PH, Jangan Tersilap Pilih Esok – Ahmad Zahid

Teruskan Istiqamah Bersama PH, Jangan Tersilap Pilih Esok - Ahmad Zahid

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd