• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Laporan Awal Nahas Elmina Didedah Jumaat Depan

oleh Mohd Arshad
09/09/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Pengasas Tukaran Mata Wang Kripto Turkiye Dihukum Penjara 11,196 Tahun
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG: Kerajaan akan mendedahkan laporan awal nahas pesawat Beechcraft Premier 1 yang terhempas 17 Ogos lalu di Persiaran Elmina, Shah Alam pada Jumaat ini.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, seperti yang pernah dimaklumkan sebelum ini laporan nahas yang meragut 10 nyawa termasuk lapan penumpang itu akan siap dalam tempoh dua minggu.

“Kita akan keluarkan laporan awal pada 15 September, iaitu Jumaat ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Kongres Kebangsaan Wanita DAP 2023, hari ini.

Tambahnya, laporan tersebut adalah berdasarkan rakaman suara selama 30 minit daripada memory puck dalam perakam suara kokpit (VCR) pesawat berkenaan.

Terdahulu, komponen tersebut dibawa ke Singapura selepas negara ini tidak mempunyai peralatan khas bagi mengekstrak maklumat yang tersimpan dalam VCR untuk menyiasat punca nahas yang turut mengorbankan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai, Datuk Seri Johari Harun.

Bagaimanapun, VCR pesawat dari Pulau Langkawi menuju ke Lapangan Terbang Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Subang itu mengalami kerosakan teruk akibat terbakar dan terpaksa dibawa kembali ke kilang pembuatannya di Amerika Syarikat bagi mendapatkan rakaman terbabit.

Dalam insiden pada jam 2.48 petang 17 Ogos lalu, 10 individu disahkan maut selepas pesawat terhempas dan turut melibatkan dua orang pemandu kereta dan penunggang motosikal yang kebetulan berada di tempat kejadian.

Kesemua mayat dan cebisan anggota badan mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang bagi tujuan bedah siasat dan pengecaman yang mengambil masa hampir tiga hari untuk diselesaikan.

UtusanOnline-

Tags: laporan awalnahas elmina
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pengasas Tukaran Mata Wang Kripto Turkiye Dihukum Penjara 11,196 Tahun

Next Post

TIDAK RASMI – Calon PH, Nazri Mendahului Di Simpang Jeram

Related Posts

Pengaktifan Tanpa Sengaja ‘Lift Dump Spoiler’ Oleh Kru Penerbangan Punca Nahas Pesawat

Pengaktifan Tanpa Sengaja ‘Lift Dump Spoiler’ Oleh Kru Penerbangan Punca Nahas Pesawat

16/08/2024
0

KUALA LUMPUR : Laporan akhir mengenai nahas pesawat Pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Bandar Elmina, Shah...

Kelucahan Melampau: ‘Ustaz Budak’ Kekal Jalani Hukuman Penjara 13 Bulan

Nahas Pesawat Di Kapar: Laporan Awal Siap Dalam 30 Hari – MOT

16/02/2024
0

PUTRAJAYA: Laporan awal siasatan pesawat terhempas di Kampung Tok Muda, Kapar, Selangor pada Selasa lalu, akan disediakan dalam masa 30...

Next Post
TIDAK RASMI – Calon PH, Nazri Mendahului Di Simpang Jeram

TIDAK RASMI - Calon PH, Nazri Mendahului Di Simpang Jeram

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd