• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Jenayah Penipuan Dalam Talian Meningkat

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kes Jenayah Penipuan Dalam Talian Meningkat
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU: Polis menerima sebanyak 2,079 laporan membabitkan jenayah penipuan dalam talian bagi tempoh 1 Januari lalu hingga semalam.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata jumlah itu meningkat berbanding 1,800 kes yang dilaporkan bagi tempoh sama pada 2022.

Katanya, jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 279 kes iaitu 15.5 peratus berbanding tahun sebelumnya.

“Bagi nilai kerugian yang dicatatkan dalam tempoh sama adalah berjumlah RM71,856,561.37 berbanding RM57,026,986.57 tahun sebelumnya.

“Jumlah nilai kerugian ini pula menunjukkan peningkatan sebanyak RM14,829,574.80 iaitu 26 peratus,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Kamarul Zaman berkata, kes pembelian dalam talian menjadi penyumbang terbesar jumlah kes bagi tahun ini iaitu sebanyak 485 kes (23.3 peratus) dengan nilai kerugian RM7,174,113.39.

Katanya, ia diikuti kes pelaburan tidak wujud sebanyak 382 kes (18.4 peratus) dengan nilai kerugian RM29,465,101.63 dan kes penipuan panggilan telefon sebanyak 368 kes (18 peratus) dengan nilai kerugian RM17,729,811.79.

“Seterusnya adalah kes tawaran kerja sebanyak 361 kes (17.4 peratus) dengan nilai kerugian RM9,996,109.60 dan kes pinjaman tidak wujud, 338 kes (16.3 peratus) dengan nilai kerugian RM3,946,948.50.

“Sebanyak 478 kes daripada 2,079 laporan polis yang dibuka sudah dilaporkan oleh mangsa kepada ‘National Scam Response Centre’ (NSRC) bagi tujuan sekatan aktiviti ke atas akaun bank berkenaan,” katanya.

Kamarul Zaman sehubungan itu menggesa orang ramai supaya lebih berwaspada apabila berurusan secara dalam talian bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan.

Katanya, orang ramai diingatkan untuk menyemak terlebih dahulu talian telefon dan akaun bank yang digunakan suspek melalui aplikasi ‘Semak Mule’ yang disediakan secara dalam talian oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK).

BHonline-

Tags: meningkatPenipuan Dalam Talian
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Gaji Sektor Swasta Meningkat 4.2 Peratus – Tengku Zafrul

Gaji Sektor Swasta Meningkat 4.2 Peratus – Tengku Zafrul

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, gaji sektor swasta...

Cuaca Berjerebu, IPU Semakin Meningkat

Cuaca Berjerebu, IPU Semakin Meningkat

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) memaklumkan ibu negara mencatatkan kemerosotan kualiti udara dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd