• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kanak-kanak Yang Maut Dilanggar MPV Suka Bergaul, Bergurau

oleh Mohd Arshad
07/09/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kanak-kanak Yang Maut Dilanggar MPV Suka Bergaul, Bergurau
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN: Muhammad Azzim Imni Mohd Faizal yang maut dilanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) semalam, seorang yang senang bergaul, berdikari dan suka bergurau.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Dalam kemalangan kira-kira jam 6.45 petang, Muhammad Azzim, 8, meninggal dunia di tempat kejadian.

Bapa mangsa, Mohd Faizal Aziz, 36 berkata anak sulung daripada tiga beradik itu mudah bergaul dan mesra serta disenangi terutama di kalangan keluarga terdekat.

“Arwah memang anak yang tidak suka meminta tetapi suka apabila dibawa berjalan-jalan. Arwah juga suka bergurau dengan dua adik serta keluarga terdekat.

“Cuma apa yang saya perasan sejak minggu lalu, dia kurang selera makan biarpun saya ingin menyuapnya. Tetapi saya gembira kerana pada cuti persekolahan dia pergi ke Kelantan mengikut bapa saudaranya.

“Jika diikutkan perancangan, kami akan bercuti di Janda Baik, Bentong kerana sudah menempah chalet dan baju baharu, Sabtu ini.

“Namun, hajat membawa arwah tidak kesampaian. Tetapi hajat arwah berjalan ke Kelantan tertunai apabila bapa saudara membawanya kerana saya bekerja,” katanya ditemui di bilik mayat Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini semalam.

Mohd Faizal berkata, sebelum kejadian, arwah anaknya keluar bermain bersama adiknya berusia enam tahun.

“Arwah berbasikal manakala adik berjalan kaki dan hanya bermain di depan rumah. Tetapi kawan arwah mengajak bermain di taman kira-kira 200 meter dari rumah dan ketika dalam pulang, berlaku kemalangan,” katanya.

Sementara itu, arwah anaknya yang juga murid Tahun Dua di Sekolah Kebangsaan Kampung Padang, di sini akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Muadzam Shah, Rompin.

BHonline-

Tags: dilanggarkanak-kanakmaut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar, Wan Azizah Ucap Takziah, Dukacita Insiden Pelajar Sekolah Maut

PM Anwar, Wan Azizah Ucap Takziah, Dukacita Insiden Pelajar Sekolah Maut

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail melahirkan rasa...

Petronas Sahkan Tiga Pekerja Maut Dalam Insiden di FSO Sepat

Petronas Sahkan Tiga Pekerja Maut Dalam Insiden di FSO Sepat

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Petronas mengesahkan satu insiden berlaku ketika kerja-kerja penyelenggaraan bot penyelamat di Kemudahan Penyimpanan dan Pemindahan Terapung (FSO)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd