• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Jangan Takut Dengan Slogan Malaysian Malaysia DAP, Ia Selari Prinsip Rukun Negara’

oleh AK-47
03/09/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
‘Jangan Takut Dengan Slogan Malaysian Malaysia DAP, Ia Selari Prinsip Rukun Negara’
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU : Rakyat Malaysia khususnya Orang Melayu tidak perlu takut dengan slogan Malaysian Malaysia yang diperjuangkan DAP kerana ia tidak bercanggah dengan Perlembagaan, malah selari dengan prinsip Rukun Negara.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Ahli Jawatankuasa DAP Pusat, Sheikh Umar Bagharib Ali, berkata slogan itu tidak sepatutnya menjadi isu, lebih-lebih lagi dalam suasana kempen dan menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram pada 9 September ini.

Beliau berkata, semua pihak sepatutnya mengelak perkara ini daripada menjadi polemik berterusan, sebaliknya mencari titik persamaan perpaduan antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) untuk berkempen pada pilihan raya ini.

“Sebab itu DAP setuju bentuk Kerajaan Perpaduan dan (semua parti) setuju perlembagaan parti ini kekal, tiada masalah antara satu sama lain. Jadi seharusnya perkara ini tidak timbul lagi.

“Slogan itu tidak perlu digugurkan dan pada masa sama, tidak seharusnya terikut-ikut dengan rentak Perikatan Nasional (PN) yang mendakwa DAP adalah satu ancaman kepada Melayu,” katanya ditemui selepas Ceramah Perpaduan Pulai di Bukit Indah di sini, malam tadi.

Turut hadir, Timbalan Setiausaha Agung DAP, Liew Chin Tong yang juga Pengerusi DAP Johor; Naib Pengerusi PKR, Dr Maszlee Malik; Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Samsolbari Jamali dan calon PH Parlimen Pulai, Suhaizan Kaiat.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Nur Jazlan Mohamed, sebelum ini menyarankan semua pihak dalam gabungan Kerajaan Perpaduan terutamanya DAP supaya berubah menjadi parti yang lebih sederhana jika mahu diterima orang Melayu.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Pulai berkata, tiada cara lain untuk meyakinkan orang Melayu bahawa DAP kini sudah berbeza berbanding sebelumnya iaitu dengan meminda perlembagaannya berhubung konsep ‘Malaysia Malaysia’ dan ‘perlembagaan sekular’.

Jumaat lalu, Naib Presiden MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker turut menggesa DAP memberi penjelasan mengenai konsep Malaysian Malaysia dibawa parti itu supaya tidak lagi menyumbang kepada ketegangan kaum.

Katanya, DAP juga perlu mengakui kesilapan kepada rakyat jika konsep Malaysian Malaysia selari dengan janji parti itu menghapuskan kuota Bumiputera dan mengembalikan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi dan lain-lain.

Mengulas lanjut, Sheikh Umar yang juga Naib Pengerusi DAP Johor berharap, akar umbi terutama UMNO mendapat kefahaman jelas mengenai isu berkenaan.

Katanya, rasa sangsi dan curiga orang Melayu adalah perkara biasa yang memerlukan masa untuk menerimanya.

“Saya tidak mahu bersangka buruk terhadap bekas Ahli Parlimen Pulai (Nur Jazlan) tetapi percaya kenyataan itu dikeluarkan disebabkan khuatir dengan sentimen pengundi UMNO.

“Saya tahu ramai dalam kalangan kita (masih baharu) untuk serasi dengan gerak kerja dan kolaborasi ini, jadi ramai orang menyatakan rasa risau serta khuatir, jadi banyak benda terkeluar.

“Hasrat beliau tak begitu, dia sebenarnya meminta pengundi Melayu khususnya UMNO menyokong calon PH di Pulai dan usaha yang sama juga kita buat,” katanya.

-Berita Harian

Tags: DAPMalaysian Malaysiarukun negara
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Dua Lelaki Ditahan Bantu Siasatan Kes Rusuhan Bersenjata

Next Post

PRK: Keluar Mengundi, Jangan Jadi Macam Selangor – Amirudin

Related Posts

Gobind Pengerusi Baharu DAP, Guan Eng Dilantik Penasihat, Loke Kekal Setiausaha Agung

Gobind Pengerusi Baharu DAP, Guan Eng Dilantik Penasihat, Loke Kekal Setiausaha Agung

16/03/2025
0

SHAH ALAM: Lim Guan Eng gagal mempertahankan jawatannya sebagai Pengerusi Kebangsaan DAP pada mesyuarat pertama Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) baharu,...

‘Adakah Sebab Saya Menteri Dari DAP?’ – Loke Bidas Pengerusi PAC

‘Adakah Sebab Saya Menteri Dari DAP?’ – Loke Bidas Pengerusi PAC

05/02/2025
0

PUTRAJAYA: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mempersoal tindakan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk memanggil beliau susulan dakwaan kerugian RM500 juta...

Next Post
PRK: Keluar Mengundi, Jangan Jadi Macam Selangor – Amirudin

PRK: Keluar Mengundi, Jangan Jadi Macam Selangor - Amirudin

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd