Sunday, June 16, 2024

Creating liberating content

Tampil Dengan Imej ‘Bertatu’,...

BARU-BARU ini penyanyi, Hazama tampil imej unik bertatu di seluruh badan dan rambut...

Sudah Masanya Sistem Cukai...

KUALA LUMPUR - "Sudah tiba masanya sistem cukai Malaysia dirombak agar lebih berkesan...

Usaha Pembangkang Lihat Bajet...

SEREMBAN - Usaha pihak pembangkang mahu melihat Bajet 2016 yang dibentang di Dewan...

Keluarga Adelina Terima Pampasan...

JAKARTA - Pampasan dan tunggakan gaji berjumlah RM63,900 telah dibayar kepada keluarga Adelina...

IGP: Kertas Siasatan Hadi, Mahathir Diserah Ke AGC

Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menyerahkan kertas siasatan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang kepada Pejabat Peguam Negara berhubung kenyataannya yang didakwa mempertikai kuasa Lembaga Pengampunan dalam ceramahnya di markas parti itu di Muar, Johor baru-baru ini.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata PDRM telah melengkapkan siasatan kes berkenaan semalam dan menyerahkan kertas siasatan itu pagi tadi.

“Kami menunggu tindakan selanjutnya daripada pihak Pejabat Peguam Negara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutupan 4th National Forensic Science Symposium for Law Enforcement 2023 di Maktab PDRM di Kuala Lumpur, hari ini.

Sebelum ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata siasatan telah dibuka terhadap Abdul Hadi di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Ia berhubung kenyataan Abdul Hadi yang didakwa mempertikai kuasa Lembaga Pengampunan dalam ceramahnya di markas parti itu di Bakri, Muar pada bulan lepas.

Sementara itu, berhubung siasatan terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berikutan kenyataannya yang dikatakan menghina institusi diraja, Razarudin berkata kertas siasatan itu juga telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara pada Selasa lepas.

Pada Jun lepas, Dr Mahathir dikatakan membuat kenyataan berkecenderungan menghasut bagi mendatangkan penghinaan atau membangkitkan perasaan tidak setia terhadap institusi diraja yang disiarkan MGNews pada 6 Jun lepas.

Mengulas mengenai perkembangan siasatan terhadap bekas peguam 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Jasmine Loo Ai Swan, beliau berkata siasatan masih diteruskan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001.


Selain itu, Razarudin berkata kertas siasatan terhadap Loo yang disiasat di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah telah serahkan kepada Pejabat Peguam Negara pada Ogos lepas.

Pada Isnin lepas, PDRM telah berjaya mendapatkan semula sejumlah RM93.2 juta aset merangkumi hartanah dan akaun bank milik Loo yang dikaitkan dengan penyelewengan dana 1MDB.

Bercakap pada sidang media itu juga ketika diminta mengulas mengenai usaha menjejaki ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low yang masih jauh, Razarudin berkata PDRM sama sekali tidak pernah berhenti daripada menjejaki ahli perniagaan itu.

“Seperti saya beritahu sebelum ini, jerat tidak pernah lupakan pelanduk ia sama juga seperti Jasmine Loo, orang tidak bertanya mengenai keberadaannya sebelum ini tetapi polis berjaya membawa balik beliau,” katanya.

Dalam perkembangan berasingan, Razarudin mengesahkan PDRM akan mengambil keterangan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Selasa depan berhubung isu ‘fatwa’ politik yang dikeluarkannya.

Muhyiddin sewaktu berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai, Johor, baru-baru ini didakwa mengeluarkan kenyataan yang menyifatkan tindakan mengundi bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Johor, Suhaizan Kaiat sebagai haram.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori