• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

GRS Tidak Tergugat Hasrat Bersatu Rampas Semula Sabah

oleh Mohd Arshad
08/09/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
GRS Tidak Tergugat Hasrat Bersatu Rampas Semula Sabah
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU : Peningkatan jumlah keahlian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) dalam masa yang singkat memberi keyakinan untuk Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kekal memerintah di Sabah pada pilihan raya akan datang.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Maka, sebarang kenyataan daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah ingin merampas semula pemerintahan di negeri ini hanya sekadar cakap-cakap politik.

Demikian kata Presiden Gagasan Rakyat, Datuk Seri Hajiji Noor selepas mempengerusikan mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (AMT) parti itu petang tadi.

“Kita tidak tergugat. Kalau tengok daripada keahlian, sambutan terhadap Gagasan Rakyat cukup hebat di Sabah.

“Bayangkan kalau kita dapat 300,000 ahli dalam beberapa bulan setelah ditubuhkan (pada Februari). Jadi, biasalah parti-parti politik ini, ada yang cakap lebih-lebih sikit untuk meyakinkan rakyat tapi, biar rakyat menentukan,” katanya semasa mengulas tentang kenyataan Setiausaha Bersatu Sabah, Abdul Kadir Damsal.

Pengerusi GRS itu berkata, keyakinan Bersatu untuk merampas Sabah adalah satu cita-cita besar.

“Itu cita-cita besar mereka, biarkan mereka jadi, kita tunggu sahaja nanti,” katanya.

Sebelum ini, Abdul Kadir menyatakan Bersatu yakin mampu merampas semula Sabah yang hilang akibat pengkhianatan yang berlaku pada tahun lalu semasa Hajiji dan pemimpin Bersatu lain keluar parti secara beramai-ramai.

Keyakinan itu timbul selepas melihat sokongan yang diterima Perikatan Nasional (PN) dalam pilihan raya di enam negeri di Semenanjung sebelum ini.

Mengenai mesyuarat berkenaan, Ketua Menteri Sabah itu berkata, AMT memutuskan untuk mengadakan mesyuarat di peringkat bahagian dan 73 cawangan di Sabah bermula pada 23 hingga 15 Oktober ini.

Jelas beliau, mesyuarat perhimpunan agung yang pertama akan diadakan pada 14 November ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).

Malah katanya, Gagasan Rakyat turut menubuhkan bahagian baharu di Labuan yang diketuai oleh Ketua Penaja Gagasan Rakyat, Rosli Awang Damit.

Setakat ini, GRS dianggotai oleh tujuh gabungan parti tempatan iaitu Gagasan Rakyat, Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Maju Sabah (SAPP), Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS) dan Parti Liberal Demokratik (LDP).

-Utusan Online

Tags: BERSATUGRSSabah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PN Intai Muafakat Rentas Gabungan Bersama BN, GPS, GRS, Warisan – Annuar Musa

PN Intai Muafakat Rentas Gabungan Bersama BN, GPS, GRS, Warisan – Annuar Musa

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) sedang mengintai kerjasama rentas gabungan bersama Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan...

Mohamed Farid Gembira Dipecat Bersatu, Dakwa Bebas Dari Parti Meruntuhkan Silaturrahim Sesama Muslim

Mohamed Farid Gembira Dipecat Bersatu, Dakwa Bebas Dari Parti Meruntuhkan Silaturrahim Sesama Muslim

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Mohamed Farid Mohamed Zawawi menyifatkan pemecatan beliau oleh Parti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd