• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Lelaki Didenda RM3,000 Bantu Ah Long Pasang Iklan Pinjaman

oleh Mohd Arshad
07/09/2023
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Dua Lelaki Didenda RM3,000 Bantu Ah Long Pasang Iklan Pinjaman
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH: Dua lelaki masing-masing didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membantu pemberi pinjaman wang tanpa lesen atau ‘ah long’ memasang iklan berkaitan pinjaman berkenaan, Isnin lalu.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Tertuduh, Hor Kar Fei, 40, dan Tang Lih Voon, 41, dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan di hadapan Majistret Siti Nora Sharif.

Dalam penghakimannya, Siti Nora turut memerintahkan kedua-dua tertuduh menjalani hukuman penjara dua bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Kedua-dua tertuduh bagaimanapun membayar denda tersebut.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh secara bersama didapati membantu dalam aktiviti menampal poster pemberi pinjaman wang tanpa lesen dan memiliki satu kotak risalah pemberi pinjaman wang tertera pinjaman berlesen dengan nombor telefon 014-9400188.

Perbuatan itu dilakukan mereka di tepi persiaran Tasek Timur 1, Taman Ria Bercham di Ipoh dalam daerah Kinta pada pukul 10.30 pagi, 4 September 2023.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 29AA Akta (1) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum di bawah seksyen dan akta sama.

Sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Noor Nabilah Norzam manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Nurul Syuhada Mohd. Yusof.

Terdahulu, dalam rayuannya, Nurul Syuhada memohon hukuman denda minimum dikenakan ke atas anak guamnya ekoran kedua-dua mereka yang merupakan sub kontraktor itu mempunyai tanggungan anak yang masih bersekolah.

UtusanOnline-

Tags: Ah Longdidendadua lelakipasang iklan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penuntut Warga Russia Didenda RM10,000 Rakam Tayangan Filem Di Pawagam

Penuntut Warga Russia Didenda RM10,000 Rakam Tayangan Filem Di Pawagam

25/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Russia didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, kerana merakam tayangan filem dengan...

Lelaki Kejar, Takutkan Isteri Dengan Gunting, Didenda RM2,800

Lelaki Kejar, Takutkan Isteri Dengan Gunting, Didenda RM2,800

29/08/2024
0

MELAKA: Seorang pekerja pengurusan jenazah didenda RM2,800 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini, selepas mengaku bersalah menakutkan isterinya dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd