• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Belanjawan 2024: Cadangan RM300 Juta Bina Tandas BMW Seluruh Negara

oleh Mohd Arshad
09/09/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Belanjawan 2024: Cadangan RM300 Juta Bina Tandas BMW Seluruh Negara
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Cadangan inisiatif kewangan RM300 juta diperuntukkan untuk membina tandas bertaraf ‘Bersih, Menawan, Wangi’ atau ‘BMW’ di seluruh negara, adalah antara cadangan agenda reformasi kemudahan awam negara yang dikemukakan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi Belanjawan 2024.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Menterinya, Nga Kor Ming berkata, cadangan itu adalah antara 29 inisiatif yang dicadang kementerian berkenaan dalam pertemuan pihaknya dengan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Negara, dua hari lepas.

“Kita juga memohon RM100 juta untuk menukar lampu jalan konvensional kepada lampu LED atau lampu berkuasa solar yang lebih lestari di seluruh negara,” katanya kepada pemberita selepas melawat Rumah Pangsa Seri Kepayang, Fair Park di sini pada Sabtu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan dijangka membentangkan Belanjawan 2024, 13 Oktober depan.

Sementara itu, Kor Ming berkata, pihaknya menyasarkan untuk menyiapkan 10,000 MyKiosk untuk penjaja dan peniaga kecil di seluruh negara menjelang 2025.

Beliau berkata, tahun ini 3,073 kiosk akan disiapkan untuk diagihkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi disewakan kepada peniaga serta penjaja kecil dengan kadar sewa minimum.

Kor Ming turut mengumumkan peruntukan tambahan RM750,000 kepada Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) bagi tujuan naik taraf dan menyelenggara 11 projek.

“Ia adalah bagi tujuan naik taraf kemudahan sembilan projek rumah pangsa dan dua penempatan semula nelayan,” katanya.

-Sinar Harian

Tags: Belanjawan 2024Tandas BMW
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Belanjawan 2024: RM6 Juta Untuk Rumah Perakku Prihatin

Belanjawan 2024: RM6 Juta Untuk Rumah Perakku Prihatin

01/12/2023
0

IPOH : Kerajaan negeri memperuntukkan RM6.0 juta bagi pelaksanaan Program Rumah Perakku Prihatin untuk tahun 2024. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI...

Sidang DUN Sarawak: Cadangan Belanjawan 2024 Berjumlah RM13.601 Bilion

Sidang DUN Sarawak: Cadangan Belanjawan 2024 Berjumlah RM13.601 Bilion

20/11/2023
0

KUCHING: Kerajaan negeri Sarawak membentangkan anggaran cadangan Belanjawan Sarawak 2024 sebanyak RM13.601 bilion dengan peningkatan sebanyak 18 peratus atau RM2.098...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd