• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

73 Ladang Babi Beroperasi Tanpa Lesen Di Seluruh Negara

oleh AK-47
02/09/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
73 Ladang Babi Beroperasi Tanpa Lesen Di Seluruh Negara
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) mengesan 73 ladang babi beroperasi tanpa lesen di seluruh negara dan dikenakan tindakan sejak 2021 sehingga hari ini.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Pengarah Penguatkuasa DVS Zaharinan Abd Aziz berkata, jumlah tertinggi dicatatkan di Pulau Pinang sebanyak 67 ladang, Perak (1), dan Selangor (5).

“Untuk menternak babi penternak perlu mendapatkan lesen dan memenuhi syarat yang ditetapkan bagi mengelakkan kacau ganggu dan pencemaran alam sekitar.

“Ini penting bagi mengelakkan gangguan bau, kehadiran lalat, dan pelepasan sisa air kumbahan tidak terawat ke sumber air,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, sebanyak 123 kertas siasatan dibuka membabitkan pelbagai kesalahan dilakukan penternak babi di seluruh negara sejak tahun 2021.

Katanya, dalam tempoh itu sejumlah RM275,600 nilai kompaun keseluruhan dikeluarkan di seluruh negara atas kesalahan membabitkan ternakan babi.

“106 kompaun dikeluarkan membabitkan Pulau Pinang berjumlah RM195,500; Perak empat kes berjumlah RM27,000; Negeri Sembilan empat kes berjumlah RM19,300 dan sembilan kes di Selangor berjumlah RM32,500.

“Secara amnya, tindakan penguatkuasaan berkaitan penternakan babi sentiasa dijalankan dari semasa ke semasa oleh DVS mengikut peruntukan undang-undang di bawah Enakmen Penternakan Babi Negeri yang berkaitan,” katanya.

Katanya, setiap negeri mempunyai enakmen berbeza berkaitan penternakan babi namun setiap penternak wajib mendapatkan lesen daripada DVS negeri berkenaan.

“Di peringkat negeri akan buat pemantauan dan yang akan keluarkan lesen. Sekiranya dalam tempoh pemantauan penternak berkenaan didapati melanggar syarat, tindakan akan diambil.

“Jabatan akan menjalankan siasatan lanjut sebelum tindakan saman atau kompaun dilaksanakan seperti yang diperuntukkan di dalam enakmen negeri berkenaan,” katanya.

-Harian Metro

Tags: ladang babi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

KBS Mahu Yuran Latihan Sukan Diberi Pelepasan Cukai Dalam Belanjawan 2024

Next Post

PM Hulur Sumbangan Kepada Anak P. Ramlee

Related Posts

Ladang Babi Pulau Pinang Lepas Sisa Ternakan Ke Sungai Kulim Diarah Tutup – JPV

Ladang Babi Pulau Pinang Lepas Sisa Ternakan Ke Sungai Kulim Diarah Tutup – JPV

18/02/2024
0

BUKIT MERTAJAM: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Pulau Pinang sudah mengarahkan penternak babi di perkampungan Sungai Lembu di sini, yang disyaki...

Tujuh Ladang Babi Disahkan Positif ASF

25/12/2021
0

MELAKA: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) mengesahkan kejadian penyakit African Swine Fever (ASF) berlaku di ladang babi komersial di Paya Mengkuang,...

Next Post
PM Hulur Sumbangan Kepada Anak P. Ramlee

PM Hulur Sumbangan Kepada Anak P. Ramlee

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd